Harian Metro

Tak hirau siapa lawan

Harimau Muda fokus baiki kelemahan sebelum bertemu Kemboja

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Siapa yang bakal menunggu skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara di pusingan separuh akhir bola sepak Sukan Sea di Hanoi, Vietnam bukan perkara utama yang bermain di fikiran pengendali pasukan Brad Maloney ketika ini.

Hal ini kerana, Maloney mahu memastikan rekod tanpa kalah Malaysia dalam saingan kumpulan B dapat diteruskan pada pertemuan terakhir bertemu Kemboja hari ini.

Katanya, walaupun Malaysia mengesahka­n slot ke separuh akhir, namun beliau tidak mahu anak buahnya leka dan memberi peluang kepada Kemboja meraih kemenangan pada perlawanan terakhir itu.

“Saya tidak mahu memikirkan lawan di separuh akhir kerana pasukan seperti Vietnam, Indonesia dan Mynmar cukup kuat dengan memiliki barisan pemain hebat. Fokus sekarang berhadapan Kemboja termasuk memperbaik­i kelemahan terutama pasukan negara yang gagal manfaat peluang di hadapan gol lawan.

“Jika lihat perlawanan menentang Singapura, kita menguasai perlawanan dan terlalu banyak peluang jaringkan gol, namun gagal menerjah gol lawan,” katanya.

Slot separuh akhir acara bola Sukan Sea Hanoi sah menjadi milik Malaysia susulan kemenangan 5-0 Thailand ke atas Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Perkembang­an itu menyaksika­n skuad B-23 negara memperbaik­i pencapaian di Filipina pada 2019 yang menyaksika­n Malaysia terkandas di peringkat kumpulan.

Kini, skuad Harimau Muda perlu fokus untuk menjinakka­n Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan B, Isnin ini untuk mara selaku juara kumpulan bagi mengelak pertembung­an sukar dengan juara Kumpulan A di separuh akhir nanti.

Kelmarin, skuad kendalian Maloney seri 2-2 dengan Singapura, namun masih kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, manakala Thailand enam mata di tangga kedua.

Berdasarka­n kedudukan kumpulan A, Vietnam kini berada di kedudukan teratas dengan tujuh mata manakala Indonesia dan Myanmar berkongsi enam mata dengan masing-masing berbaki satu perlawanan lagi.

 ?? ?? PEMAIN Malaysia Muhammad Azrin Afiq (depan, kiri) mengejar bola ketika menentang Singapura pada saingan
Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong.
PEMAIN Malaysia Muhammad Azrin Afiq (depan, kiri) mengejar bola ketika menentang Singapura pada saingan Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia