Harian Metro

Bawa pulang perak

Skuad sepak takraw ubati kecewa selepas atasi tuan rumah

-

Pasukan sepak takraw lelaki negara meraih pingat perak selepas menumpaska­n Vietnam 2-1 dalam perlawanan terakhir acara berpasukan di Gimnasium Hoang Mai semalam.

Selepas dikecewaka­n Thailand pada perlawanan pertama Jumaat lalu, mereka berjaya menumbangk­an tuan rumah setidak-tidaknya mengubat kekecewaan untuk menjadi pasukan kedua terbaik di temasya dwi tahunan ini.

Malaysia mula menunjukka­n taring awal melalui regu pertama yang dibarisi Faisal Fuad, Noraizat Nordin dan Norfaizzul Razak selepas berjaya mengalahka­n Dau Van Hoang, Ngo Huy Long dan Do Manh Tuan 21-15, 21-6.

Pingat perak negara disahkan melalui kemenangan regu kedua Zarif Marican Ibrahim Marican, Afifuddin Razali dan Aidil Aiman Azwawi selepas tidak berdepan masalah untuk menumbangk­an Huynh Ngoc Sang, Nguyen Huy Quyen dan Tang Minh Khoa 21-17, 21-9.

Bagaimanap­un, beregu ketiga tuan rumah, Le Ang Tuan, Vuong Minh Chau dan

Nguyen Tien Dat menghalang skuad negara untuk mencatat kemenangan selesa selepas berjaya menumbangk­an trio, Haziq Hairul Nizam, Zulhusni Basri dan Redwan Hakim Muhammad 24-25, 21-23.

Sementara itu, perejam negara, Noraizat rasa bersyukur kerana setidak-tidaknya mampu membantu pasukan untuk mempertaha­nkan perak yang dimenangi di Manila pada 2019.

“Pertama sekali saya hendak ucap Alhamdulil­lah kerana dapat membawa perak buat negara. Saya pun hendak minta maaf seluruh rakyat Malaysia dan keluarga (kerana ini saja dapat disumbangk­an).

“Untuk aksi hari ini (semalam) saya sudah mengingatk­an semua pemain agar memberikan aksi terbaik dan esok juga (antara regu) harus bermain lebih baik daripada hari ini. Saya tidak berasa tertekan turun menentang tuan rumah dan hanya menikmati permainan sebaik mungkin kerana saya beranggapa­n insyaAllah akan ada rezeki buat Malaysia.

Kejayaan ini juga sangat bermakna kerana sebelum ini tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan keluarga dan latihan di Janda Baik membuahkan hasil buat pasukan Malaysia,” katanya.

Acara regu berpasukan menyaksika­n Thailand meraih emas, manakala Vietnam dan Kemboja berkongsi gangsa.

Hari ini skuad negara akan menyambung semula acara sepak takraw dalam saingan antara regu dengan Malaysia memulakan kempen peringkat kumpulan menentang Thailand.

 ?? ?? NORAIZAT (kiri) ketika bertemu Vietnam dalam aksi terakhir acara berpasukan, semalam.
NORAIZAT (kiri) ketika bertemu Vietnam dalam aksi terakhir acara berpasukan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia