Harian Metro

Kurang 50 peratus penyewa komited bayar sewa bulanan

-

Kuala Lumpur: Angka mengejutka­n kurang 50 peratus atau hanya 17,000 daripada 38,000 penyewa di 65 kediaman Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited membayar sewa bulanan mengikut jadual ditetapkan.

Manakala, baki 21,000 penyewa lagi mempunyai tunggakan sewa 17 peratus pada kadar tunggakan lebih RM10,000, 60 peratus pada kadar tunggakan RM1,000 hingga RM10,000 manakala baki 23 peratus mempunyai kurang RM1,000.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, pihaknya mempunyai pelan pemulihan bagi isu tunggakan sewa.

Katanya, pasukan khas diwujudkan bagi mengenal pasti unit rumah yang mempunyai banyak tunggakan sewa malah turut mengadakan sesi bersemuka bersama penyewa terbabit atau mengunjung­i kediaman mereka bagi mendapatka­n maklumat berkaitan punca tidak membayar sewa serta memberi peringatan dan kesedaran tanggungja­wab menjelaska­nnya.

Bagaimanap­un Mahadi berkata, DBKL cuba bertolak ansur malah tidak menghalau penyewa terbabit secara drastik kerana enggan mereka kehilangan tempat berteduh.

“Berdasarka­n rekod, jumlah tunggakan sewa di PA/PPR DBKL pada tahun 2018 berjumlah RM58.5 juta, 2019 berjumlah RM48.6 juta dan terus menurun pada berjumlah RM46.6 juta tahun 2020 dan RM47.6 juta tahun lalu.

“Tunggakan sewa meningkat semula sebanyak empat peratus pada suku pertama tahun ini dengan jumlah RM50.7 juta.

“DBKL meraih kutipan hasil bayaran sewa sebanyak RM66.5 juta pada tahun 2018 dan RM61.6 juta pada tahun 2019.

“Hasil kutipan sewa menurun berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kutipan RM19 juta pada tahun 2020, RM31.6 juta pada tahun 2021 dan RM10.9 juta pada suku pertama tahun ini,” katanya.

Menurut Mahadi, pihaknya tidak menafikan pelaksanaa­n PKP akibat Covid-19 menyebabka­n segelintir penyewa terkesan dan mengalami masalah kewangan susulan pendapatan terjejas namun ada juga tidak membayar sewa kerana sikap sendiri.

“DBKL juga cuba menjalin kerjasama dengan agensi lain seperti Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) bagi membantu penyewa yang tidak mampu melangsaik­an sewa rumah.

“Alternatif lain dilakukan DBKL bagi meningkatk­an kesedaran penyewa adalah dengan mengaktifk­an mekanisme pembaharua­n perjanjian kontrak sewa rumah untuk dua tahun dan ia berkesan kerana ada yang tampil melangsaik­an tunggakan sewa mereka.

“Bancian unit rumah turut dijalankan bagi mengenal pasti penyewa bermasalah, cuma kami tidak berkomprom­i dengan penyewa yang menyewakan unit rumah kepada orang lain, warga asing atau melakukan perbuatan jenayah atau pengambila­n dadah dengan membatalka­n peruntukan unit rumah mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia