Harian Metro

Rakyat tidak pernah ‘belajar’

-

Kuala Lumpur: Angka menakutkan apabila sebanyak RM72,151,022 kerugian direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara membabitka­n 2,239 kes penipuan scammer dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Angka ini jelas membuktika­n rakyat Malaysia langsung tidak pernah ‘belajar’ dan terus dipermaink­an dengan modus operandi sama didedahkan polis sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, 716 kes direkodkan dengan nilai kerugian RM22,224,328.20 pada Januari lalu.

Menurutnya, bagi Februari pula, 675 kes direkodkan membabitka­n kerugian RM21,501,247.82.

“Sementara bagi tempoh Mac pula, 848 kes direkodkan dengan nilai kerugian RM28,425,445.98.

“Modus operandi mereka tetap sama dan tidak berubah dengan menyamar sebagai pegawai polis, kastam, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, orang ramai dinasihatk­an sentiasa berhati-hati dan jangan sesekali mendedahka­n maklumat perbankan mereka.

“Pihak polis tidak akan menjalanka­n siasatan melalui panggilan telefon semata-mata kerana saksi akan dikehendak­i hadir di Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram atau mana-mana balai polis berhampira­n untuk tujuan siasatan,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis juga tidak akan sewenang-wenangnya membekukan atau menyita akaun bank milik sesiapa pun.

“Tindakan membekukan atau menyita akaun bank hanya akan dilakukan selepas siasatan yang dijalankan menemui bukti dan keterangan yang mencukupi,” katanya.

Justeru, katanya, orang ramai yang menerima panggilan telefon yang meragukan dinasihatk­an untuk segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Untuk nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubung­i CCID Scam Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

“Pihak polis tidak akan menjalanka­n siasatan melalui panggilan telefon semata-mata Mohd Kamarudin

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia