Harian Metro

Anggota Presma ‘korban’ raya mula operasi awal

-

Kuala Lumpur: Hampir 100 peratus ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) beroperasi seawal Syawal kedua pada minggu lalu untuk memudahkan orang ramai mendapatka­n makanan dan menikmati hidangan selain juadah raya.

Presidenny­a, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya melihat pengoperas­ian awal itu sebagai tanggungja­wab sosial kepada pelanggan mereka di seluruh negara yang berdepan kesukaran membeli makanan disebabkan restoran lain masih tutup.

Katanya, berdasarka­n maklum balas ahli, pihaknya berpuas hati dengan langkah itu walaupun rata-rata pekerja terpaksa berhari raya di restoran.

“Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, kita ‘berkorban’ meraikan hari raya dalam suasana kerja kerana banyak restoran dan kedai makan lain masih tutup.

“Rata-rata pelanggan yang ditemui lega kerana restoran mamak sudah buka seawal hari raya kedua. Kita faham keadaan itu dan bersyukur kerana dapat membantu memudahkan pelanggan,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Berikutan itu, Jawahar Ali menyelar tanggapan sesetengah pihak mengenai restoran mamak dikatakan sengaja mengaut keuntungan hasil perayaan bangsa lain seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Sudah banyak kali ditimbulka­n isu rasis seperti ini seolah-olah restoran mamak mementingk­an keuntungan semata-mata.

“Jangan silap, pekerja kami juga Muslim, menyambut hari raya sama seperti orang lain. Untuk apa isu seperti ini diketengah­kan, saya pun tidak tahu. Tidak ada asas langsung,” katanya.

Menerusi kenyataan tular itu, Aidilfitri diraikan umat Islam dikatakan memberi kelebihan kepada pengusaha restoran mamak untuk mengaut keuntungan dengan beroperasi ketika banyak kedai makan lain tutup.

Isu itu mendapat reaksi pelbagai warganet dengan kebanyakan­nya mendakwa kenyataan seperti itu hanya membangkit­kan sentimen perkauman, sedangkan pengusaha dan pekerja restoran Muslim juga saudara seagama.

‘ Rata-rata pelanggan yang ditemui lega kerana restoran mamak sudah buka seawal hari raya kedua. Kita faham keadaan itu dan bersyukur kerana dapat membantu memudahkan pelanggan,” Jawahar Ali Taib Khan

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia