Harian Metro

Kes baru naik 119.2 peratus

Kadar jangkitan Covid-19 turut naik pada ME ke-19

-

Bilangan kes baru Covid-19 di negara ini bagi Minggu Epidemiolo­gi (ME) ke-19 yang bermula dari 8 Mei hingga 14 Mei, meningkat sebanyak 119.2 peratus iaitu kepada 19,137 kes berbanding 8,732 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-18).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembang­an itu menyaksika­n jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 4,475,873 kes dengan 29,762 kes aktif.

Beliau berkata, sejajar dengan peningkata­n kes harian pada ME ke-19, purata kadar kebolehjan­gkitan juga menunjukka­n peningkata­n sebanyak 70.2 peratus iaitu 0.97 berbanding 0.57 pada minggu sebelumnya.

“Bilangan kes sembuh pada ME ke-19 menurun sebanyak 59.2 peratus atau 30,930 kes kepada 12,618 kes berbanding ME ke-18 dan kumulatif individu pulih ialah 4,410,499.

“Kes kematian pada ME ke-19 menunjukka­n sedikit peningkata­n iaitu 3.1 peratus (32 kes kepada 33 kes) berbanding ME ke-18 dan menjadikan kumulatif kematian kini 35,612,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat 38 peratus untuk ME sama berbanding ME sebelumnya.

“Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat sebanyak 100 peratus melibatkan semua kategori pesakit.

“Secara keseluruha­n, peratusan penggunaan katil PKRC meningkat sebanyak 100 peratus, penggunaan katil bukan kritikal meningkat sebanyak 18 peratus manakala penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) menurun sebanyak 10 peratus,” katanya.

“Kes kematian pada ME ke-19 menunjukka­n sedikit peningkata­n iaitu 3.1 peratus Dr Noor Hisham

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia