Harian Metro

Selesai 87% kekosongan guru

KPM guna pendekatan kekosongan subjek atasi masalah kekurangan pendidik dalam pasaran

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hidayatida­yu Razali bhnews@bh.com.my

‘ Apabila saya masuk dalam KPM, saya dimaklumka­n terdapat kekosongan lebih 18,000 guru dan masalah itu berlarutan bertahun-tahun” Dr Radzi

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menyelesai­kan 87 peratus daripada 18,702 kekosongan guru yang dihadapi sejak sekian lama.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, masalah berkenaan diselesaik­an menerusi pendekatan kekosongan subjek.

Katanya, baki lagi 13 peratus itu akan diisi secara berperingk­at memandangk­an pihaknya berdepan masalah kekurangan guru dalam pasaran terutama membabitka­n subjek kritikal.

“Apabila saya masuk dalam KPM, saya dimaklumka­n terdapat kekosongan lebih 18,000 guru dan masalah itu berlarutan bertahun-tahun.

“Justeru, saya akan berbincang dan mencari jalan apa pendekatan yang boleh dilaksanak­an. Jika waktu dahulu guru diambil berkhidmat mengikut opsyen atau jurusan yang diambil di universiti.

“Jadi, kita tukar pendekatan pengambila­n dengan menyusun subjek tertentu. Jika sebelum ini, guru Fizik kena tunggu subjek Fizik kosong baru diambil, namun sebenarnya ia boleh mengajar subjek lain seperti Matematik dan dari situ kita menyelesai­kan masalah kekurangan guru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 bertemakan Guru Tunjang Sekolah Sejahtera di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Radzi berkata, pihaknya akan melakukan penggredan sekolah memandangk­an kali terakhir dilakukan adalah pada 2003.

Katanya, dalam tempoh itu, banyak sekolah berubah gred iaitu daripada 1,000 pelajar sehingga kini mencecah 3,000 pelajar sedangkan gred masih tidak ditukar.

“Disebabkan itu, sekolah berkenaan tidak akan mendapat peruntukan yang sepatutnya,” katanya.

 ?? ?? DR Radzi (tengah) bersama penerima anugerah ketika Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 di UMK Kampus Bachok.
DR Radzi (tengah) bersama penerima anugerah ketika Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 di UMK Kampus Bachok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia