Harian Metro

Bakti sebagai pendidik selama 37 tahun diiktiraf

-

Bachok: Menjadi guru selama 37 tahun dan pada masa sama terbabit dengan penggubala­n kokurikulu­m bagi subjek Kajian Tempatan untuk murid Tahun Lima dan Enam.

Pengalaman Roslan Yatim, 65, melayakkan pesara guru itu diangkat sebagai penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2022 pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51, semalam.

Menerusi anugerah berkenaan, bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena, Kedah yang pernah dinobatkan sebagai Guru Besar Cemerlang menerima wang tunai sebatandin­gan nyak RM40,000 dan pingat emas bernilai RM10,000 yang disampaika­n Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok.

Menurut Roslan, ketika bertugas, beliau yang berasal dari Seberang Alor,

Kuala Perlis menjadi jurulatih utama subjek Kajian Tempatan yang aktif menyampaik­an ceramah dari 1994 hingga 2016.

“Saya menjadi panel penggubal sukatan pelajaran dan huraian sukatan bagi subjek Kajian Tempatan, selain aktif dalam bidang penulisan dan penerbitan serta menyumbang dalam penghasila­n buku teks Kajian Tempatan.

“Bagi peringkat antarabang­sa, saya menerima beberapa penghargaa­n termasuk memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan dua anugerah khas bagi PerBelia Reka Cipta Antarabang­sa (IYIC) di Korea Selatan pada 2014,” katanya.

Bapa kepada enam anak itu berkata, guru perlu diberi sokongan dalam mendidik generasi masa kini sekali gus dapat memastikan mereka terus cemerlang.

Sementara itu, penerima Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2022, Datu Dr Adi Badiozaman @ Badio Zaman Tuah, 71, menzahirka­n penghargaa­n kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia yang memberi anugerah itu kepadanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Pendidikan Islam Sarawak berkata, beliau diberi kepercayaa­n oleh kerajaan Sarawak untuk menyediaka­n program pendidikan kepada komuniti di negeri berkenaan.

“Saya melihat pendidikan kita amat penting untuk melahirkan dan membentuk generasi pelapis yang akan datang,” katanya yang turut menerima wang tunai RM40,000 dan RM10,000 pingat emas.

‘ Saya menjadi panel penggubal sukatan pelajaran dan huraian sukatan bagi subjek Kajian Tempatan, selain aktif dalam bidang penulisan dan penerbitan” Roslan

 ?? ?? DR Radzi menyampaik­an anugerah kepada Roslan.
DR Radzi menyampaik­an anugerah kepada Roslan.
 ?? ?? DR Adi (tengah) dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2022.
DR Adi (tengah) dipilih sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia