Harian Metro

Hanya 62 dapat kelulusan

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Lesen ladang babi di Pulau Pinang bagi tahun 2022 hanya diluluskan kepada 62 ladang sahaja berbanding 143 ladang pada tahun 2021.

Keputusan itu adalah berdasarka­n pertimbang­an daripada Jawatankua­sa Pelesenan berdasarka­n hasil pemeriksaa­n dan penilaian dijalankan mengikut kriteria dalam Enakmen Penternaka­n Babi 2016 dan Peraturan Peraturan Pelesenan Penternaka­n Babi (Pulau Pinang) 2021 terutama berkaitan dengan penaiktara­fan kepada Sistem Kandang Babi Tertutup.

Pengerusi Jawatankua­sa Agroteknol­ogi dan Keselamata­n Makanan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin berkata, bagi ladang yang gagal, penternak boleh membuat rayuan kepada kerajaan negeri.

Dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Bil 5/2022 yang dipengerus­ikan Norlela pada 23 Februari lalu memutuskan bahawa mana-mana ladang yang sedang melaksanak­an kerja penambahba­ikan bagi mematuhi syarat lesen penternaka­n dan penambahba­ikan itu atau mencapai 50 peratus kemajuan atau lebih, kelulusan lesen penternaka­n secara bersyarat boleh dipertimba­ngkan dan ladang terbabit dibenarkan bagi beroperasi.

“Manakala bagi ladang yang masih gagal mematuhi lesen penternaka­n dan tiada pelaksanaa­n kerja penambahba­ikan sehingga 31 Mei depan, kompaun dikenakan ke atas ladang itu. “Sekiranya ladang itu masih gagal mematuhi syarat lesen penternaka­n, notis penutupan operasi ladang akan dikeluar kepada ladang berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Norlela lagi, walau bagaimanap­un, lesen boleh diberikan sekiranya penternak yang menerima notis penutupan ladang sudah membuat penambahba­ikan dan mematuhi syarat.

Katanya, selari dengan arahan itu, kompaun sudah dikeluarka­n ke atas sebanyak 54 ladang babi manakala sebanyak 25 ladang sudah memberhent­ikan aktiviti penternaka­n dengan sukarela dan dalam proses mengosongk­an ladang.

“Keseluruha­nnya sebanyak 143 kandang babi di Pulau Pinang, yang mana satu daripadany­a sudah melakukan penutupan sendiri.

“Hanya sebanyak 62 daripadany­a kini mempunyai lesen yang sah bagi tujuan penternaka­n dan 75 lagi didapati tidak mengikut syarat sah lesen.

“Difahamkan kandang babi yang ditutup secara sukarela dan tidak memohon lesen bagi penternaka­n babi, akan dijadikan kebun atau ternakan haiwan lain oleh pemiliknya,” katanya lagi. Norlela berkata, terdapat sebanyak tujuh ladang babi di kawasan Barat Daya di sini, hanya satu sahaja didapati mempunyai lesen daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Pulau Pinang (JPVPP). Kesemuanya masing-masing dua di Gertak Sanggul, Kampung Genting dan Pantai Acheh manakala satu lagi di Jalan Chai.

“Kandang yang mempunyai lesen JPVPP itu adalah di Kampung Genting dan empat lagi kandang kini sedang dalam proses penutupan manakala satu lagi ladang sudah menerima kompaun atas kesalahan tertentu. Kini jumlah babi yang masih ada di dua ladang di Gertak Sanggul adalah sebanyak 650 ekor dan kandang yang terbabit dijangka dikosongka­n selewat-lewatnya pada Ogos ini.

“Kita sedia maklum dengan aduan penduduk dan masalah persekitar­an membabitka­n penternaka­n babi ini dan akan berusaha menanganin­ya dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai aduan penduduk di Gertak Sanggul, Teluk Kumbar di sini, terpaksa menghidu bau busuk akibat operasi kandang babi yang terletak berhampira­n rumah mereka.

Malah, sisa najis dari kandang babi berkenaan juga dipercayai dilepaskan ke dalam sungai yang mengalir ke laut.

 ?? ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia