Harian Metro

Dua hotel saji persundala­n kena serbu

-

Alor Setar: Tujuh wanita warga asing ditahan kerana terbabit dengan aktiviti pelacuran dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah ke atas dua hotel di Jalan Lumpur di sini, kelmarin.

Op Gegar hampir 3 jam bermula 8.30 malam itu dilakukan 16 pegawai penguat kuasa JIM Kedah susulan risikan dan maklumat yang diterima berhubung kegiatan tidak bermoral di hotel berkenaan.

Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan) Rosmaliza Mohamed Rashid berkata, seramai 21 individu terdiri daripada 12 lelaki dan sembilan wanita diperiksa dan tujuh daripada mereka didapati tiada dokumen sah selain tinggal lebih masa di negara ini.

“Semua yang ditahan kerana melakukan kesalahan itu terdiri daripada tiga wanita Vietnam serta empat wanita Thailand dan mereka juga dipercayai menjalanka­n aktiviti pelacuran berdasarka­n kepada beberapa penemuan bahan bukti ketika serbuan.

“Selain itu, kita turut menemui bahan terlarang serta peralatan menghisap dadah dalam bilik hotel didiami mereka,” katanya yang ditemui di lokasi serbuan.

Menurutnya, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) itu akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Belantek Sik dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Kita turut mengeluark­an borang 29 (saman saksi) kepada pekerja hotel manakala pelanggan yang dipercayai mendapatka­n khidmat seks dibawa ke pejabat JIM untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati ada antara Pati berkenaan masuk secara tidak sah melalui jalan laut iaitu di Kuala Perlis dan Sungai Golok Kelantan,” katanya.

Menurutnya, selain pelbagai alasan dan helah yang diberikan, ada antara pelacur terbabit dikesan mengambil bahan terlarang berdasarka­n kepada penemuan peralatan untuk menghisap syabu dalam bilik hotel didiami mereka.

Difahamkan, pelacur warga asing ini menggunaka­n aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan dan mengenakan bayaran mencecah RM200 untuk sejam.

 ?? ?? SEBAHAGIAN pelacur warga Thailand dan Vietnam ditahan dalam Op Gegar oleh JIM Kedah di dua hotel di di Alor Setar. - Gambar NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
SEBAHAGIAN pelacur warga Thailand dan Vietnam ditahan dalam Op Gegar oleh JIM Kedah di dua hotel di di Alor Setar. - Gambar NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
 ?? ?? ANGGOTA JIM Kedah memeriksa warga asing yang juga pelacur dalam Op Gegar.
ANGGOTA JIM Kedah memeriksa warga asing yang juga pelacur dalam Op Gegar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia