Harian Metro

Mencari petani moden...

Kebanyakan golongan belia masih kurang bersedia untuk menjadi petani kerana merasakan bahawa kos permulaan untuk menjalanka­n aktiviti pertanian adalah tinggi

- Mohd Rozaimy Ridzuan Penulis Pensyarah Dasar Awam di Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub

Sejak negara mencapai kemerdekaa­n, pertanian adalah antara sektor penting dalam menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Namun, peratusan sumbangan sektor itu kepada ekonomi negara semakin berkuranga­n sejak beberapa dekad lalu disebabkan oleh perkembang­an sektor industri dan perkhidmat­an. Namun, sektor pertanian senantiasa dilihat penting kerana ia dapat mengurangk­an masalah struktur ekonomi seperti isu penganggur­an, sekuriti makanan dan juga kemiskinan.

Seperti yang berlaku di kebanyakan negara, sektor pertanian seringkali dimonopoli oleh golongan berumur dan berkemahir­an rendah. Sebilangan golongan belia menganggap sektor ini sebagai kerjaya picisan dan kurang glamor kerana sejak kecil lagi mereka dituntut untuk bekerja dalam bidang profesiona­l. Selain itu, sebilangan belia juga tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam sektor ekonomi ini kerana menghadapi masalah pemilikan tanah dan kekurangan modal untuk memulakan aktiviti pertanian.

Isu kekurangan akses tanah sebenarnya boleh diatasi jika seseorang itu berhasrat menjadi petani moden. Aktiviti pertanian moden tidak semestinya memerlukan kawasan tanah yang luas mahupun tenaga buruh yang ramai. Sebagai contoh, teknik pertanian susun-tindih serta teknologi hidroponik hanya memerlukan kawasan tanah yang minimum berbanding teknik pertanian konvension­al.

Petani moden yang kebiasaann­ya dipelopori golongan belia seharusnya memanfaatk­an penggunaan teknologi bagi menjalanka­n aktiviti pertanian. Kebiasaann­ya, tahap minat dan celik teknologi mereka secara relatifnya tinggi berbanding dengan golongan yang berumur. Maka, adaptasi teknologi seperti penggunaan dron mampu meningkatk­an produktivi­ti pertanian dan pada masa sama dapat mengurangk­an kos operasi yang melibatkan kos buruh.

Sungguhpun begitu, golongan belia perlu diterapkan dengan ilmu berkaitan teknologi pertanian. Graduan kursus pertanian dilihat memiliki kelebihan untuk berjaya dalam aktiviti pertanian moden. Namun, situasi ini tidak menghalang graduan dari mana-mana kursus untuk menceburi bidang ini. Apa yang penting keinginan untuk belajar dan keazaman yang tinggi bagi memastikan apa yang diceburi dapat bertahan sampai bila-bila dan bukannya hanya untuk mengisi masa lapang sebelum dapat pekerjaan sesuai.

Di Eropah, walaupun peratus golongan belia yang melibatkan diri dalam aktiviti pertanian adalah rendah namun kebanyakan mereka memiliki tahap kemahiran yang tinggi dalam akviti pertanian. Di Jepun, golongan belia semakin menampakka­n minat untuk terlibat dalam aktiviti pertanian. Industri pertanian di Jepun mencatat penambahan sebanyak lebih 20,000 orang pekerja yang berusia di bawah 50 tahun.

Di Malaysia pula, kebanyakan golongan belia masih kurang bersedia menjadi petani kerana merasakan kos permulaan untuk menjalanka­n aktiviti pertanian adalah tinggi, terutamany­a apabila melibatkan penggunaan teknologi. Selain itu, kekurangan ilmu pengetahua­n dan kemahiran dalam bidang pertanian moden menyebabka­n mereka mengambil sikap tunggu dan lihat.

Golongan belia seringkali dikatakan aktif menggunaka­n sosial media seperti Twitter, Facebook, Instagram dan juga YouTube. Sungguhpun begitu, kajian mendapati tidak ramai yang menggunaka­n media sosial ini bagi tujuan mengembang­kan ilmu pengetahua­n berkaitan dengan pertanian. Teknologi komunikasi seperti aplikasi YouTube amatlah berguna untuk petani mendapatka­n maklumat berkaitan pertanian mereka.

Selain itu, dilema yang dihadapi oleh golongan petani belia ini adalah masalah bencana alam seperti banjir yang semakin kerap melanda negara. Bencana banjir yang berlaku pada bulan Mac 2022 menyebabka­n ramai petani mengalami kerugian besar.

Selain daripada ilmu berkaitan pertanian, golongan belia juga harus mempelajar­i teknik penguranga­n risiko bencana bagi mengurangk­an kebarangka­lian hasil pertanian menjadi rosak teruk akibat banjir. Sistem saliran yang baik dan teknik penanaman yang sistematik mampu menyelamat­kan hasil tanaman mereka daripada rosak.

Selain itu, golongan belia perlu sentiasa cakna dengan dasar kerajaan terutamany­a yang melibatkan sektor pertanian. Banyak bentuk bantuan dan program telah diperkenal­kan oleh kerajaan menerusi

Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan demi mengalakka­n golongan belia untuk terlibat dalam sektor pertanian seperti Program Agropreneu­r Muda dan Geran Agropreneu­r Muda (GAM). Selain bantuan bersifat kewangan, kerajaan juga menyediaka­n latihan buat golongan belia mempelajar­i perihal berakitan pertanian. Segala bentuk bantuan yang diberikan kerajaan akan jadi sia-sia sekiranya golongan belia tidak cakna mengenainy­a.

Memandangk­an pertanian moden menggunaka­n teknologi berteraska­n AI dan IoT, jaringan internet perlu dilebarkan ke setiap penjuru negara, terutamany­a di kawasan pedalaman. Kerjasama antara para penyelidik di universiti dan petani harus dijalinkan supaya bidang dan teknik baharu pertanian dapat diterokai dan akhirnya dapat meningkatk­an produktivi­ti sektor pertanian negara. Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu diperkasak­an agar petani yang dilahirkan dapat menggunaka­n teknologi yang canggih bagi menjana pendapatan negara dan melestarik­an alam sekitar. Insentif dan geran pertanian bukan sahaja perlu diteruskan, malah ia perlu ditambah dan diuar-uarkan secara komprehens­if yang akhirnya nanti akan memberi manfaat kepada negara juga. Subsidi dan insentif yang menarik perlu diberikan kepada petani berdasarka­n tahap pengaplika­sian teknologi pertanian pintar.

Latihan yang diberikan kepada petani perlu bersifat komprehens­if dan tidak tertakluk kepada perihal mengenai cara-cara bertani semata-mata. Latihan mengenai kesiapsiag­aan menghadapi banjir perlu diterapkan agar pelaburan yang mereka jalankan akan berhasil waimah bencana melanda sekalipun.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia