Harian Metro

Teroka alam marin seawal usia lapan tahun

-

Kuala Lumpur: Aktiviti selam skuba lebih sinonim dengan golongan dewasa namun kini ia mula menjadi antara aktiviti riadah yang semakin popular dalam kalangan remaja yang gemarkan sesuatu yang mencabar dan ekstrem sambil meneroka alam marin.

Pengasas Diverlogy Ventures atau DiverGen Mohd Yusof Mansor, 45, yang merupakan jurulatih Open Water Scuba, Profession­al Associatio­n of Diving Instructor­s (Padi) berkata kebanyakan ibu bapa hari ini lebih terbuka untuk menjadikan aktiviti selam skuba sebagai alternatif kepada aktiviti riadah lain kerana merasakan ia sesuatu yang menarik dan baharu untuk dipelajari di samping memberi manfaat kepada anak mereka.

“Sejak tujuh, lapan tahun lalu, saya lihat aktiviti ini mula menjadi pilihan dalam kalangan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka mencuba sesuatu yang baharu. Hari ini selam skuba dalam kalangan remaja bukan lagi sesuatu yang asing dan sambutan kepada aktiviti ini sangat memberangs­angkan.

“Kebanyakan ibu bapa yang ada lesen menyelam, mereka juga mahukan anak-anak mereka pandai menyelam kerana bagi mereka selain menikmati keindahan alam marin, aktiviti ini juga dapat meningkatk­an kecergasan fizikal dan sistem pernafasan anak-anak,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Yusof berkata, beliau sendiri turut memberi pendedahan aktiviti selam skuba kepada anaknya Adam Harris, 15, seawal usia lapan tahun dan hari ini anaknya menjadi rakan selam skubanya setiap kali beliau melakukan aktiviti menyelam.

Beliau berkata, aktiviti itu dianggap ekstrem kerana memerlukan keberanian yang tinggi untuk meneroka dasar laut dengan hanya berbekalka­n udara termampat daripada tangki untuk bernafas, namun ia bukan penghalang bagi mereka yang mempunyai minat untuk mendalami aktiviti tersebut.

“Tidak dinafikan aktiviti ini memang mencabar, namun jika kita belajar cara serta kaedah yang betul dan selamat untuk menyelam, risiko kemalangan dapat dielak, sebab itu untuk membolehka­n seseorang itu menyelam di dasar laut, mereka perlu mengambil kursus menyelam.

“Biasanya kita buka kursus selam skuba untuk remaja bermula usia lapan tahun, mereka perlu ada asas berenang sebab bila ada asas ini sudah pasti mereka tidak takut pada air, jadi lebih mudah untuk ikuti kursus yang kita jalankan,” katanya.

Mengenai kos selam skuba yang sering dianggap mahal untuk dijadikan sebagai aktiviti riadah, Mohd Yusof yang telah memulakan operasi DiverGen sejak 2017 di Kompleks Majlis Sukan Negara Setiawangs­a berkata untuk permulaan, ia memerlukan kos RM1,400 hingga RM1,500 bagi mendapatka­n lesen junior open water.

“Untuk mendapatka­n lesen, bayarannya one-off sahaja (sekali bayar) dan biasanya kos ini termasuk pengangkut­an bot untuk ke pulau dan penginapan. Mereka yang mengambil kursus open water biasanya akan buat teori di kolam renang sebanyak tiga sesi dan kemudianny­a akan dibawa ke pulau untuk habiskan lagi empat sesi sebelum menamatkan kursus,” katanya.

 ?? ?? MOHD Yusof (belakang, kanan) bersama remaja yang mengikuti kursus selam skuba.
MOHD Yusof (belakang, kanan) bersama remaja yang mengikuti kursus selam skuba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia