Harian Metro

Adik mangsa turut kena dera

Kes suami isteri ditahan seksa anak saudara hingga temui ajal

- Oleh Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

Siasatan polis mendapati suami isteri yang ditahan susulan kematian anak saudara mereka dipercayai akibat didera kelmarin turut mendera adik mangsa yang kini dirawat di hospital.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalath­rash Wahid berkata, kanak-kanak berusia enam tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh di sini.

Ketika dihubungi semalam, beliau mengesahka­n terdapat kesan kecederaan fizikal lama dan baru pada badan mangsa yang sebelum itu diselamatk­an dari sebuah rumah di Desa Pengkalan Bandaraya di sini, kelmarin.

Terdahulu, suspek berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang meninggal dunia disyaki didera kelmarin direman reman selama tujuh hari.

Perintah reman itu dikeluarka­n oleh Majistret Anis Hanini Abdullah selepas menerima permohonan daripada polis di Mahkamah Majistret Ipoh di sini, semalam.

Pasangan masing-masing berusia 40 tahun yang juga ibu dan bapa saudara mangsa itu direman bagi membolehka­n siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu media melaporkan suami isteri ditahan susulan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka disyaki didera.

Mior Faridalath­rash dilaporkan berkata, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, pada jam 3.14 pagi kelmarin.

Berdasarka­n laporan, seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke hospital oleh ambulans namun disahkan meninggal dunia pada 1.45 pagi.

Bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Patologi, Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan kesan objek tumpul.

“Ada kesan kecederaan fizikal lama dan baru Mior Faridalath­rash

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia