Harian Metro

61 pengilang beras diberi amaran

-

Alor Setar: Sejumlah 61 pengilang beras diberi amaran agar tidak terbabit dalam kegiatan pasaran gelap menjual benih padi tidak sah bagi mengelak tindakan tegas ke atas mereka dilakukan pihak berkuasa.

Pengarah Kawalselia Padi dan Beras negeri, Abdul Rahman Tajudin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n ada pengilang beras terbabit dalam kegiatan terbabit berikutan mereka mempunyai keupayaan dan peralatan dalam menghasilk­an benih padi.

Jelasnya, kegiatan penjualan benih padi tidak sah atau ‘benih kampit putih’ dipercayai masih berlaku namun keadaannya terkawal berikutan langkah kawalan yang dilakukan pihaknya dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (Mafi).

“Masalah bekalan benih padi lazimnya berlaku ketika musim kedua tanaman padi berikutan tempoh rehat yang singkat menyebabka­n permintaan kepada benih padi meningkat kerana petani mahu cepat memulakan tanaman baharu.

“Kita bimbang jika ada pengilang beras mengambil kesempatan menjual benih di pasaran gelap kerana harganya boleh mencapai lebih RM40 bagi beg 20 kilogram berbanding benih padi sah yang bersubsidi cuma RM35,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Aidilfitri Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Kedah di sini, semalam.

Sebelum ini, timbul rungutan dalam kalangan petani yang tidak dapat memulakan musim tanaman baharu padi berikutan tidak mendapat bekalan benih padi sah berikutan kekurangan bekalan, namun benih padi sama didakwa dijual di pasaran gelap pada harga sehingga RM48 setiap beg.

Keadaan itu menyebabka­n berlaku dakwaan terdapat pengilang beras di negeri ini, terbabit dalam kegiatan penjualan benih padi bersubsidi demi meraih keuntungan berlipat kali ganda berbanding menjualnya kepada agensi yang membekalka­nnya kepada petani.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pengilang beras yang dikesan melakukan kegiatan berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 selain bayaran subsidi mereka ditarik balik.

“Untuk mengatakan petani terbabit dalam kegiatan menghasilk­an benih padi tidak sah agak sukar kerana mereka tidak mempunyai kemudahan, walaupun memiliki kemahiran dalam mengeluark­an benih padi bagi kegunaan sendiri.

“Pengilang beras yang sebenarnya mempunyai kelengkapa­n lengkap termasuk kaedah pembungkus­an kerana mereka mengeluark­an benih padi dalam jumlah besar setiap tahun selain turut menerima subsidi kerajaan bagi melakukan proses berkenaan,” katanya.

Jual benih di pasaran gelap kerana harganya boleh mencapai lebih RM40 bagi beg 20 kilogram

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia