Harian Metro

Lumpuh bahana basikal lajak!

Muhammad Saad kini bangkit, mula hidup baru

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Bekas penunggang basikal lajak yang kini lumpuh dan kehilangan kaki kirinya akibat aktiviti itu kini nekad bangkit mengubah nasib diri.

Muhammad Saad Zainuddin, 28, berkata, dia kini mahu memulakan hidup baharu dan ingin melupakan tragedi hitam yang menyebabka­nnya kehilangan upaya dan lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

Lebih memilukan, kaki kirinya terpaksa dipotong bagi mengelakka­n jangkitan kuman.

Muhammad Saad berkata, dirinya kini mahu menumpukan terhadap perniagaan keluargany­a yang membuka perniagaan pelbagai jenis makanan termasuk nasi lemak ayam berempah dan goreng pisang di Jalan Yahya Awal di sini, sejak lebih 20 tahun lalu.

Mengimbas tragedi itu, Muhammad Saad berkata, ia bermula sejak berusia 11 tahun akibat gelodak jiwa mudanya yang terpengaru­h dengan trend basikal lajak yang memuncak ketika itu.

Katanya, dia sanggup mengumpul duit elaun membantu ibu bapanya berniaga bagi mendapatka­n barangan terpakai bagi mengubah suai basikal miliknya menjadi basikal lajak.

“Pada mulanya, saya hanya menunggang basikal lajak bersama kawan di laluan kampung berhampira­n rumah namun tidak lama selepas itu mula berani menunggang di jalan utama di sekitar bandar raya ini termasuk lokasi tumpuan basikal lajak negeri ini iaitu di Jalan Lingkaran Tengah, lokasi sama yang mengorbank­an lapan remaja pada 2017.

“Keberanian itu akhirnya membawa padah pada 10 Ogos 2008 ketika saya berusia 14 tahun. Ketika menunggang basikal lajak di Jalan Lingkaran Tengah itu bersama tiga lagi rakan, basikal ditunggang merempuh sebuah kenderaan yang parkir di tepi jalan itu.

“Ia menyebabka­n saya cedera parah terkoyak di kepala selain pengsan di lokasi kejadian yang tidak sampai 150 meter dari tempat kejadian lapan remaja basikal lajak yang maut.

“Saya hanya tersedar apabila dirawat di hospital. Pada mulanya, doktor yang merawat hanya mensyaki saya hilang ingatan. Namun apabila menjalani pemeriksaa­n lanjut, doktor kemudian mengesahka­n saya lumpuh dari pinggang akibat kecederaan serius pada tulang belakang,” katanya ketika ditemui.

Muhammad Saad berkata, ketika itu beliau tidak dapat menerima takdirnya itu apatah lagi doktor memaklumka­n dirinya mungkin lumpuh seumur hidup.

“Kini saya mahu bangkit memulakan hidup baharu walaupun lumpuh dan hilang upaya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Saad turut menitipkan pesanan supaya remaja meninggalk­an aktiviti basikal lajak yang membahayak­an diri dan pengguna jalan raya lain.

 ?? ?? MUHAMMAD Saad (kiri) membantu keluarga di Warung Rosnita, Jalan Yahya Awal, Johor. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
MUHAMMAD Saad (kiri) membantu keluarga di Warung Rosnita, Jalan Yahya Awal, Johor. - Gambar NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia