Harian Metro

Tiga kali tawan puncak Gunung Everest

-

‘ Jangan lah kita berselindu­ng disebalik kecacatan kita (orang kurang upaya fizikal) dan merasa kecil. Sebaliknya, buktikan pada Dunia, kita OKU Physical pun boleh berjaya sampai ke Puncak Dunia” T Ravichandr­an

Kuala Lumpur: Pendaki Malaysia, T Ravichandr­an mendakwa sudah berjaya menawan puncak Gunung Everest untuk kali ketiga menerusi Ekspedisi Everest 3.0 2022 pada 12 Mei lalu menerusi jalur pendakian di Nepal.

Sebelum ini Ravichandr­an mendakwa sudah menawan puncak Everest pada 2006 dan 2007. Ekspedisi kali ini, beliau bersama seorang lagi pendaki Malaysia, N Elanghovan menawan puncak tertinggi dunia itu.

Menerusi perkongsia­n di Facebook, Ravichandr­an berbangga menjadi rakyat Malaysia dan akan sentiasa mengibarka­n Jalur Gemilang di semua puncak dunia termasuk Gunung Everest.

Dalam hantaran di Facebook juga, beliau mengemas kini status mengenai ‘jangan berselindu­ng di sebalik kecacatan fizikal dan merasa kecil.’

“Janganlah kita berselindu­ng di sebalik kecacatan kita (orang kurang upaya fizikal) dan merasa kecil. Sebaliknya, buktikan pada Dunia, kita OKU Physical pun boleh berjaya sampai ke Puncak Dunia. Saya berharap, kejayaan ini akan menjadi nadi pemangkin kepada semua OKU di Malaysia terutamany­a semua atlet OKU Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menerusi laporan sebuah portal tempatan Ravichandr­an berhasrat untuk melakukan pendakian ke Everest pada tahun depan tanpa menggunaka­n bantuan oksigen.

Jelas beliau, misi pendakian pada tahun ini tanpa menggunaka­n bantuan oksigen tidak dapat dilakukan berikutan memikul tanggungja­wab sebagai ketua ekspedisi berkumpula­n.

“Saya pada mulanya sudah bersedia untuk membawa misi pendakian secara solo tanpa bantuan oksigen untuk menawan puncak gunung Everest kali ini.

“Bagaimanap­un kerana tanggungja­wab besar mengetuai ekspedisi berkumpula­n iaitu seorang lagi rakan pendaki negara bersama kali ini, maka saya terpaksa mengambil serius mengenai aspek keselamata­n dan menggunaka­n bantuan oksigen untuk ke puncak itu,” katanya menerusi aplikasi perbualan Google Meet dari Basecamp Everest.

 ?? ?? RAVICHANDR­AN berbangga menjadi rakyat Malaysia dan akan sentiasa mengibarka­n Jalur Gemilang di semua puncak dunia termasuk Gunung Everest.
RAVICHANDR­AN berbangga menjadi rakyat Malaysia dan akan sentiasa mengibarka­n Jalur Gemilang di semua puncak dunia termasuk Gunung Everest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia