Harian Metro

Lofa anak luar biasa

Kartini puji anak ketiganya yang sentiasa muliakan ibu bapa

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendedahka­n keperibadi­an Neelofa yang sentiasa memuliakan kedua ibu bapanya dan sentiasa berusaha memajukan diri terutama dalam perniagaan.

Kartini berkata, Neelofa juga bukan seorang anak yang mudah ‘lupa diri’, malah sangat mengambil berat mengenai adik-beradiknya.

“Lofa (panggilan Neelofa) ini kalau mama boleh gambarkan dia sangat istimewa. Tiga sikap buat dia berjaya, dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama... dia percaya reda ibu bapa.

“Dari dulu Lofa ada sikap mahu majukan diri sama ada secara peribadi atau luaran. Lofa memang sentiasa mahu jadi lebih baik, dia memang yakin apa pun terjadi sebab itu walau apa ujian kita nampak dia tenang.

“Bila dia berjaya, dia selalu ingat dari mana dia mula dan macam mana dia mula. Lofa juga tak akan lupa adik-beradik lain untuk naik sama-sama tak pernah berkira,” katanya yang berkongsi perkara itu di Instagram Story miliknya.

Neelofa adalah anak ketiga daripada sembilan orang adik-beradik termasuk lima berlainan bapa.

Menurut Kartini, Neelofa akan selalu menghubung­inya untuk memohon doa dan keberkatan walaupun ketika berada di luar negara.

“Lofa kalau dia kat luar negara ada kerja ke apa-apa walau berbeza masa dia mesti akan hubungi mama minta doa.

“Jadi, mama malam selalu akan terus mengaji dan doa untuk Lofa.

“Macam dulu masa dia pengacara MeleTOP nak masuk set pun dia akan beritahu mama. Setiap kali habis saja program, masuk kereta benda pertama dia akan buat adalah hubungi tanya mama punya respons.

“Setiap apa dia buat mesti akan tanya mama walau dah besar. Ada sekali itu mama tegur sesuatu. Dia jawab ‘okay ma love akan ubah’,” katanya.

Tambah Kartini, kasih sayang terhadap anak-anak bukan terhad kepada Neelofa seorang tetapi kesemua anak-anak.

 ?? ?? NOOR Kartini (kanan) bersama Neelofa. - Gambar Instagram noorkartin­i
NOOR Kartini (kanan) bersama Neelofa. - Gambar Instagram noorkartin­i

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia