Harian Metro

Tiga Janda Melawan Dunia sarat dengan komedi

-

Tiga Janda Melawan Dunia. Filem komedi yang pasti membuatkan penonton tidak kering gusi dari babak pertama hingga ke akhir.

Filem ini mengisahka­n tiga orang janda Midah lakonan Khatijah Tan, Rohayu (Normah Damanhuri) dan Ain (Raja Azura) yang tinggal di kampung berusaha mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi idaman mereka.

Disebabkan tiket konsert terlalu mahal dan eksklusif, mereka perlu melakukan pelbagai usaha yang melucukan bagi merealisas­ikan impian mereka.

Dihasilkan dengan kerjasama lima syarikat gergasi iaitu Multimedia Entertainm­ent, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media filem ini bukan filem komedi biasa, tetapi mempunyai ‘sesuatu’ yang membuatkan penonton tidak kering gusi dibuatnya.

Menarik mengenai filem ini, selain babak yang mencuit hati dan sangat dekat dengan dunia realiti.

Idea asal filem ini dihasilkan Hyrul Anuar juga pengarah iklan yang memenangi anugerah antarabang­sa di Adfest Asia Pacific Advertisin­g Festival yang diinspiras­ikan daripada keluargany­a di kampung.

Tiga Janda Melawan Dunia ini juga adalah filem pertama arahannya yang turut mengetenga­hkan skripnya sangat kelakar dan sangat dekat dekat dengan kehidupan seharian selain sinematogr­afi ‘hebat’.

Selain memaparkan usaha tiga janda yang disulami dengan pelbagai masalah dalam mencapai impian mereka, filem ini menyelitka­n ikatan persahabat­an yang sangat utuh antara ketiga mereka.

Dalam apa juga keadaan dan masalah, mereka akan sentiasa menyokong satu sama lain.

Filem ini juga turut membuktika­n bahawa walaupun berstatus janda, mereka mampu berdiri di kaki sendiri dan berusaha untuk mengecapi impian mereka.

Mula ditayangka­n pada 19 Mei ini, 3 Janda Melawan Dunia ini adalah filem ‘wajib’ tonton kerana pembawaan watak dari pelakonnya cukup mengujakan dan sangat lucu.

Tampil berbeza dengan filem lain, tiga janda melawan dunia yang mengetenga­hkan tiga pelakon wanita berpengala­man yang membawakan aksi yang mencuit hati. Memang tak kering gusi dibuatnya.

Mereka juga menampilka­n lakonan yang bersahaja dan ada nilai sendiri dalam industri hari ini.

Ia sekali gus membuktika­n bahawa walaupun hero filem ini adalah pelakon ‘lama’ tetapi mereka adalah pelakon yang serba boleh dan mampu membuatkan penonton ketawa tak henti.

Berbeza dengan kebanyakan watak yang pernah dilakonkan mereka, sekali gus membuatkan filem ini ‘wajib’ tonton.

Filem Tiga Janda Melawan Dunia ditaja oleh Nescafe dan Hotlink selaku penaja utama manakala filem ini diedarkan oleh GSC Malaysia.

Tiga janda Melawan Dunia bakal menghiburk­an penonton di seluruh negara bermula 19 Mei ini.

Untuk maklumat lanjut layari www.gscmovies.com.my

 ?? ??
 ?? ?? ANTARA pelakon yang menjayakan Tiga Janda Melawan Dunia.
ANTARA pelakon yang menjayakan Tiga Janda Melawan Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia