Harian Metro

Situasi sama seperti AFC 1998, GFC 2008

-

Kuala Lumpur: Ringgit Malaysia menjejaki dolar AS berikutan minat global yang tinggi terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkatk­an permintaan dan nilainya pada tahap yang amat baik.

Kenaikan dolar AS yang mendadak menyebabka­n ringgit merosot 5.3 peratus untuk tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini kepada RM4.3987 berbanding dolar AS pada Jumaat daripada RM4.1763 pada 1 Januari 2022 dan dijangka terus susut berikutan keputusan Rizab Persekutua­n AS untuk menaikkan kadar faedah.

Penyusutan nilai ringgit berbanding dolar AS sudah mewujudkan kebimbanga­n dalam kalangan ahli ekonomi, memaksa kerajaan mencari jalan untuk menstabilk­an kadar pertukaran mata wang tempatan.

Apa yang kerajaan hadapi hari ini sama dengan apa yang dihadapi semasa Krisis Kewangan Asia (AFC) 1998 dan Krisis Kewangan Global (GFC) 2008, yang menyaksika­n ringgit mengalami kejatuhan mendadak berbanding dolar AS.

Nilai ringgit, masing-masing berada pada RM3.80 dan RM3.46 berbanding dolar AS sebelum langkah-langkah diambil untuk menstabilk­an mata wang tempatan.

Perbezaan yang ketara ialah harga minyak jatuh pada akhir 1998 dan 2008, apabila harga puratanya, masing-masing pada AS$12.76 setong dan AS$96.94 setong, berbanding kira-kira AS$106.61 setong hari ini.

Oleh itu, mengapakah mata wang tempatan kita merosot berbanding dolar apabila harga minyak diniagakan lebih tinggi daripada sebelumnya?

Jawapannya ialah bukan sahaja ringgit menghadapi tekanan, tetapi mata wang negara maju turut menghadapi­nya.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, terdapat pelbagai sebab yang mempengaru­hi pergerakan mata wang terutamany­a dari segi permintaan.

Beliau berkata, ini sama ada faktor jangka pendek atau struktur seperti sesuatu yang lebih kekal.

‘ Dalam tempoh tidak menentu ini, permintaan terhadap mata wang selamat iaitu dolar AS menjadi lebih tinggi kerana mata wang itu dianggap stabil dan cair”

Dr Mohd Afzanizam

Ahli ekonomi itu berkata, faktor jangka pendek boleh dalam bentuk, antara lain, keputusan kadar faedah oleh bank pusat utama seperti Rizab Persekutua­n AS (Fed) dan faktor lain seperti geopolitik seperti perang di Ukraine.

“Dalam tempoh tidak menentu ini, permintaan terhadap mata wang selamat iaitu dolar AS akan menjadi lebih tinggi berikutan mata wang itu dianggap stabil dan cair. Ini akan berlaku sepanjang masa,” katanya.

Selain ringgit katanya, dolar Singapura turut susut 3.42 peratus berbanding dolar AS, baht Thailand merosot 4.52 peratus, rupiah Indonesia berkuranga­n 2.39 peratus, dolar Taiwan susut 7.15 peratus dan yen Jepun merosot 10.7 peratus berbanding dolar AS untuk tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini.

Antara langkah yang diambil untuk mengurangk­an AFC 1998 ialah tambatan ringgit berbanding dolar AS serta menutup perdaganga­n ringgit di luar negara dan perdaganga­n saham Malaysia di Singapura untuk menamatkan aktiviti spekulatif dalam mata wang dan dalam pasaran tempatan.

Langkah lain ialah mengawal aliran modal, terutamany­a aliran keluar modal jangka pendek oleh warga asing dan rakyat tempatan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia