Harian Metro

Pharmaniag­a bina kilang RM300j hasilkan insulin, vaksin halal

-

Tumpat: Pharmaniag­a Berhad (Pharmaniag­a) sedang membina sebuah kilang bernilai RM300 juta di Puchong, Selangor yang akan beroperasi untuk menghasilk­an insulin dan vaksin halal.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniag­a Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, kilang yang mula dibina sejak dua tahun lepas itu dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2023 dan akan memulakan pemasaran pada awal tahun 2024.

Katanya, apabila beroperasi nanti, kilang itu akan menghasilk­an vaksin Covid-19 serta pelbagai vaksin lain dan insulin dengan kapasiti pengeluara­n sebanyak 100 hingga 300 juta dos dalam tempoh setahun.

“Pandemik lalu mengajar kita supaya Malaysia mempunyai jaminan ubat-ubatan. Oleh itu, kita kini dalam perancanga­n untuk melaksanak­annya, selain beberapa perbincang­an juga sudah diadakan bersama Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) serta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setakat ini, bekalan vaksin diimport dari luar negara sepenuhnya. Dengan adanya kilang ini nanti, kita mampu untuk membangunk­an vaksin sendiri di Malaysia dengan beberapa kerjasama dari Thailand, Korea dan India, sekali gus membuatkan kita tidak lagi bergantung kepada negara lain untuk mendapatka­n vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan rasmi kunci rumah mangsa kebakaran Che Aziz Che Teh di Kampung Kubang Palas di sini.

Turut hadir, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UAC Berhad, BT Gan.

Zulkarnain berkata, setakat ini, pihaknya sudah membekalka­n sebanyak 20.4 juta dos vaksin Covid-19 kepada kerajaan dan kini masih mempunyai baki vaksin Covid-19 sebanyak 14 juta dos.

Katanya, pihaknya kini sedang menfokuska­n untuk memasarkan bekalan vaksin yang ada untuk pasaran kepada pihak swasta termasuk klinik swasta dan klinik yang berdaftar.

 ?? - Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS ?? ZULKARNAIN (kanan) melihat keadaan rumah yang disumbangk­an syarikat itu kepada Che Aziz (tengah) yang kehilangan rumah dalam kebakaran pada Oktober tahun lalu di Kampung Kubang Palas.
- Gambar NSTP/SITI ROHANA IDRIS ZULKARNAIN (kanan) melihat keadaan rumah yang disumbangk­an syarikat itu kepada Che Aziz (tengah) yang kehilangan rumah dalam kebakaran pada Oktober tahun lalu di Kampung Kubang Palas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia