Harian Metro

Sengaja buka air empangan

Banjir disengajak­an elak kemaraan tentera Rusia

-

Banjir yang disengajak­an di sebuah kampung kecil di utara Kyiv susulan pembukaan empangan menghalang serangan Rusia ke atas ibu negara Ukraine.

Tindakan itu dianggap sebagai berbaloi untuk menghalang kemaraan tentera Rusia, kata penduduk.

Pada awal perang, tentera Ukraine membuka empangan Demydiv menyebabka­n Sungai Irpin membanjiri kampung dan ribuan hektar kawasan sekitarnya.

Tindakan itu dibuat bagi menghalang askar dan kereta kebal Rusia daripada menembusi barisan pertahanan tentera Ukraine.

“Sudah pasti tindakan ini berbaloi. Apa yang berlaku, jika tindakan ini tidak dibuat lebih awal?

“Sudah pasti tentera Rusia boleh menyeberan­gi sungai kecil ini dan masuk ke Kyiv,” kata penduduk, Volodymyr Artemchuk, 60.

Menurut Oleksandr

Rybalko, 39, tindakan itu juga menyebabka­n beberapa ladang dinaiki air.

Kira-kira dua bulan selepas kejadian, penduduk di kampung itu masih berhadapan dengan kesan banjir dan terpaksa menggunaka­n bot boleh kembung untuk bergerak dan meneroka tanah kering yang tinggal untuk menanam bunga dan sayur.

Kanak-kanak terpaksa bermain di tanah lembap.

Penceroboh­an Rusia sudah masuk bulan ketiga dan dianggarka­n ribuan nyawa orang awam terkorban.

Jutaan rakyat Ukraine terpaksa melarikan diri ke negara jiran manakala banyak bangunan yang rosak.

Moscow menggelar tindakan itu sebagai operasi ketenteraa­n khas untuk menghalang serangan bersenjata Ukraine dan melindungi­nya daripada fasis.

Ukraine dan Barat berkata, dakwaan fasis itu tidak berasas dan perang itu adalah tindakan penceroboh­an yang tidak diprovokas­i.

 ?? - Reuters ?? AIR dipam dari kawasan banjir di Demydiv selepas tentera Ukraine membuka empangan bagi menghalang kemaraan tentera Rusia.
- Reuters AIR dipam dari kawasan banjir di Demydiv selepas tentera Ukraine membuka empangan bagi menghalang kemaraan tentera Rusia.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia