Harian Metro

Puluhan mati akibat damak flechettes

-

Kyiv: Puluhan rakyat Ukraine yang maut ketika penceroboh­an Rusia di bandar Bucha, disebabkan damak kecil diperbuat daripada logam daripada peluru ditembak tentera penceroboh, kata doktor forensik.

Ia menerusi bedah siasat dilakukan ahli patologi dan koroner terhadap mayat ditemukan di dalam kubur besar di wilayah utara Kyiv.

Tentera Rusia yang menduduki bandar itu dituduh melakukan kekejaman dan mereka menemui serpihan logam kecil seperti damak dipanggil flechettes tertanam di kepala serta dada mangsa.

“Kami menemui beberapa objek sangat nipis seperti paku pada mayat lelaki dan wanita.

“Keadaan sama juga ditempuh rakan sekerja saya di wilayah lain.

“Agak sukar untuk menemui serpihan itu di dalam mayat yang sudah mengecut dan kebanyakan mayat dari wilayah Bucha-Irpin,” kata doktor forensik Vladyslav Pirovskyi.

Pakar persenjata­an yang melihat gambar mayat itu menemui anak panah besi di dalam tubuh mangsa.

Keadaan itu mengesahka­n ia adalah flechettes, senjata tanpa kawalan manusia digunakan secara meluas ketika perang dunia pertama.

Anak panah logam kecil ini dimasukkan di dalam kereta kebal atau senjata digunakan di medan perang.

Setiap kelopak boleh mengandung­i sehingga 8,000 peluru dan apabila dilepaskan ia akan pecah sebaik fius bermasa meletup di atas tanah.

Flechettes kebiasaann­ya berukuran antara tiga sentimeter (sm) dan 4sm panjang, dilepaskan dari kelopak dan tersebar dalam dalam radius 300 meter (m) lebar dan 100m panjang.

Apabila peluru terkena pada badan mangsa, anak panah menjadi cangkuk, manakala bahagian belakang anak panah diperbuat daripada empat ‘sirip’ akan pecah sehingga menyebabka­n luka. - Agensi

 ?? - AFP ?? DAMAK kecil diperbuat daripada logam yang didakwa digunakan tentera Rusia.
- AFP DAMAK kecil diperbuat daripada logam yang didakwa digunakan tentera Rusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia