Harian Metro

MASIH JADI PILIHAN

Raja Azura tak sangka tetap terima tawaran untuk beraksi di layar perak

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Meskipun Raja Azura cukup dikenali sebagai pelakon berkaliber dengan lakonan berkesan, namun seiring usianya yang kini mencecah 49 tahun diakui dia lebih meminati kerjaya pengacaraa­n.

Ujar ibu tiga cahaya mata ini, dia pada mulanya pernah memikirkan tidak mahu berlakon lagi tetapi akhirnya sukar menolak pelawaan membintang­i filem Tiga Janda Melawan Dunia arahan Hyrul Anuar, 34.

Raja Azura yang ditemui pada majlis pratonton filem itu baru-baru ini, berkata dia sudah lama tidak membintang­i filem dan macam tidak percaya juga apabila masih ditawarkan watak di dalam filem berkenaan.

“Pada mulanya apabila dimaklumka­n oleh pembantu saya mengenai tawaran filem ini, memang tidak berminat langsung nak terima. Apatah lagi, judulnya ada ‘janda’ yang pada saya mungkin jalan ceritanya sama saja.

“Tetapi, apabila Hyrul menghubung­i saya sendiri dan sanggup berjumpa untuk berbincang, saya fikir perlu juga beri peluang kepadanya. Pada pertemuan kami itu, saya lihat dia serius dan tak main-main,” katanya.

Raja Azura berkata lebih membuat dia terpaut hati menerima tawaran berlakon filem itu kerana terkesan dengan cara

Hyrul yang berusaha gigih meyakinkan­nya untuk menerima projek berkenaan.

“Melihat cara Hyrul membentang­kan kertas kerjanya ketika kami berbincang, terus membawa saya mengingati yang beginilah juga nanti bakal dilakukan oleh anak saya yang kini melanjutka­n pengajian di universiti. Mereka (anak) pasti berhadapan situasi seperti Hyrul itu, bagaimana nak meyakinkan orang dengan produknya.

“Bukan mudah sebenarnya untuk kita nak yakinkan orang. Saya tahu dan memahaminy­a. Jadi, saya terfikir kenapa tidak membantu memudahkan urusan orang lain (Hyrul) yang saya lihat macam anak sendiri, itu lebih baik. Tak fikir panjang, saya terus terima saja tanpa melihat dan membacanya skripnya dulu,” jelasnya.

Melakonkan watak Noraini, seorang balu kematian suami yang mempunyai warung tomyam bersama ibu bapa mentuanya, Raja Azura berkata dia sangat gembira sepanjang menjalani penggambar­an filem Tiga Janda Melawan Dunia itu.

“Selain saya, ada dua lagi rakan pelakon yang membawa watak janda dalam filem ini iaitu

Khatijah Tan sebagai Midah dan Normah Damanhuri dengan watak Rohayu.

Kami bertiga sahabat baik di kampung itu.

“Apapun, saya berterima kasih dengan Hyrul kerana sudi memberikan tawaran watak Noraini kepada saya. Jikalau saya tolak filem ini dulu, rasanya pasti rugi. Karya seni Hyrul ini wajar ditonton kerana padat dengan mesej positif selain dimuatkan elemen komedi yang pecah perut ketawa,” katanya.

Sehubungan itu, filem Tiga Janda Melawan Dunia juga dibintangi pelakon lain seperti Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood yang akan menemui penonton tempatan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mei ini.

Raja Azura yang kini 12 tahun menggalas status ‘janda’ berkata dia tetap bahagia menjalani kehidupan bersama anak-anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq, 20,

Megat Luqman Hakim,19, dan Puteri Mia Maizura, 17. Ujarnya, dia tidak terfikir mahu berkahwin semula.

Bekas penyampai radio ini pernah berkahwin dengan Adzmin Osman iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri

Osman Aroff pada Mac

2001. Bagaimanap­un, jodoh mereka tidak panjang apabila bercerai pada 28 September 2010 lalu.

Selain saya, ada dua lagi rakan pelakon yang membawa watak janda dalam filem ini iaitu Khatijah Tan sebagai Midah dan Normah Damanhuri dengan watak Rohayu. Kami bertiga sahabat baik di kampung itu

RAJA AZURA

 ?? FOTO AZIAH AZMEE ?? RAJA Azura melakonkan watak balu, Noraini dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia.
FOTO AZIAH AZMEE RAJA Azura melakonkan watak balu, Noraini dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia.
 ?? ?? PENGARAH, Hyrul Anuar (tiga kanan) bersama barisan pelakon Tiga Janda Melawan Dunia yang hadir ketika sidang media GSC Tropicana Gardens Mall, Damansara.
PENGARAH, Hyrul Anuar (tiga kanan) bersama barisan pelakon Tiga Janda Melawan Dunia yang hadir ketika sidang media GSC Tropicana Gardens Mall, Damansara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia