Harian Metro

TERUJA SAMBUT ANAK KEDUA

Anzalna buat persediaan sambut bayi, syukur suami banyak membantu

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pelakon jelita, Anzalna Nasir menyimpan harapan agar anak keduanya dapat berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan putera sulungnya, Mohamad Eidrees iaitu pada 31 Mei.

Sedang menghitung hari, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Mohd Nasir mengakui teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan bayinya nanti.

“Kalau ikutkan, saya mahu bersalin pada 31 Mei nanti. Dapatlah si adik berkongsi tarikh lahir yang sama dengan abangnya. Tapi apa-apa pun, saya tengok keadaan dulu.

“Saya dan suami sudah tak sabar untuk melihat wajah anak kedua kami. Kami juga sudah menyediaka­n 100 peratus kelengkapa­n bayi, memandangk­an barangbara­ng ketika menyambut kelahiran Eidrees sudah diberikan kepada orang lain,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman kehamilan anak kedua, wanita berusia 34 tahun itu memberitah­u dia tidak mengalami masalah berat ketika hamil, kecuali terpaksa membawa saiz kandungan yang agak besar berbanding sewaktu mengandung­kan anak sulungnya itu.

Tambah Anzalna, dia juga mengaku cepat berasa penat namun semuanya masih dapat dikawal.

“Tidak banyak perbezaan pun dengan kehamilan sebelum ini. Perbezaann­ya cuma kandungan saya kali ini agak besar.

“Jadi saya cepat penat ditambah perlu menguruska­n Eidrees yang masih memerlukan perhatian kerana dia juga masih kecil,” katanya.

Enggan anaknya diasuh oleh orang luar, Anzalna berkata, dia mahu memainkan peranan sepenuhnya sebagai ibu yang membesarka­n anakanak.

“Walaupun dalam keadaan sedang sarat hamil, saya masih menguruska­n anak yang dijaga sepenuhnya tanpa pengasuh. Saya ada pembantu, tapi tugasnya

Walaupun dalam keadaan sedang sarat hamil, saya masih menguruska­n anak yang dijaga sepenuhnya tanpa pengasuh. Saya ada pembantu, tapi tugasnya hanya menguruska­n kebersihan rumah

ANZALNA NASIR

hanya menguruska­n kebersihan rumah.

“Cuma sekarang ini pembantu saya sedang bercuti, jadi kerja-kerja menguruska­n rumah saya yang lakukan. Walaupun penat, tetapi saya gembira dengan apa yang saya buat. Ini merupakan pengalaman indah bergelar seorang ibu,” katanya yang sudah berjanji akan membesarka­n dan mendidik anak-anak sepenuh perhatian di depan mata.

Dalam pada itu, Anzalna turut ditanya mengenai rahsia hubungan rumah tangga kekal bahagia.

Katanya setiap pasangan mempunyai pilihan dalam mengekalka­n rumah tangga yang dibina supaya berada pada landasan yang baik.

“Apa yang penting perlu saling memahami. Alhamdulil­lah saya dan suami banyak saling bantu-membantu terutama bab menjaga anak. Apa yang kami lakukan selalunya bersama.

“Kalau suami nampak saya penat, dia akan ambil alih menguruska­n anak, bukannya lepas tangan. Perkara kedua ialah saling mempercaya­i antara satu sama lain,”katanya.

 ?? ??
 ?? ?? ANZALNA berharap anak keduanya dapat berkongsi tarikh lahir yang sama dengan putera sulungnya iaitu pada 31 Mei ini.
ANZALNA berharap anak keduanya dapat berkongsi tarikh lahir yang sama dengan putera sulungnya iaitu pada 31 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia