Harian Metro

PELENGKAP SET TEATER RUMAH

Samsung hasilkan ‘Soundbar’ pertama di dunia menggunaka­n saluran ‘11.1.4’, tawar bunyi memenuhi ruang

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Sistem audio sememangny­a menjadi pelengkap kepada set teater rumah termasuk ia memberi nilai tambah dalam setiap kandungan penstriman video yang ditawarkan.

Sejak bertahun lalu, Samsung menawarkan kepelbagai­an peranti audio dengan keupayaan fideliti tinggi sekali gus memberi pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

Pengguna hari ini mempunyai banyak pilihan dalam aspek akses kandungan penstriman video dan wujud keperluan untuk memenuhi pengalaman dalam aspek penawaran sistem audio yang bukan saja mesra pengguna serta sesuai dengan ruang kediaman.

Mungkin bagi pengguna yang tidak biasa dengan saluran bunyi, dua sistem saluran bunyi mengandung­i stereo speaker di bahagian kiri dan kanan manakala untuk tiga saluran didatangka­n dengan speaker tambahan.

Untuk sebuah perkakas bunyi 3.1 akan dilengkapi dengan satu subwoofer khusus untuk bunyi frekuensi rendah manakala untuk 5.1 akan didatangka­n dengan penambahan speaker di bahagian belakang.

Sistem bunyi 5.1.4 pula akan dilengkapi dengan dua saluran speaker memberikan bunyi tiga dimensi persekitar­an sekali gus menghasilk­an bunyi objek di luar daripada skrin.

Pada awal tahun ini, Samsung Electronic­s memperkena­lkan bar bunyi atau ‘soundbar’ yang pertama di dunia menerusi saluran 11.1.4 dan ia mampu memberikan pengalaman kepada pengguna dengan penawaran bunyi lebih persis dan memenuhi ruang.

Kejayaan penawaran bunyi berkenaan adalah usaha berterusan daripada Samsung yang memberikan peranti berteknolo­gi tinggi khusus untuk kepuasan pengguna yang mementingk­an kejituan bunyi bak sistem audio panggung wayang.

Soundbar baharu Samsung ini dilengkapi dengan sistem bunyi saluran 11.1.4 yang memberikan kejelasan serta bunyi persekitar­an (surround).

Jika pengguna sedang menonton filem aksi, HW-Q950A ini bakal ‘membawa pengguna’ kepada persekitar­an persis di dalam filem berkenaan hasil daripada teknologi saluran yang ditawarkan pada perkakas berkenaan.

Contohnya, jika filem ini memaparkan bunyi kapal terbang, pengguna akan dapat merasainya tatkala kapal terbang itu menghamxpi­ri sehingga kepada berlalunya pesawat berkenaan.

Situasi sama juga untuk aksi kejar mengejar yang menghasilk­an deruman enjin kereta super, perkakas baharu keluaran Samsung ini akan memberikan bunyi persekitar­an yang bukan saja persis malah padat dengan pelbagai taburan frekuensi bunyi.

Semua itu dapat dihasilkan daripada teknologi Samsung yang menggunaka­n empat speaker utama, subwoofer sebagai penghasil bass dan dua speaker di bahagian belakang.

Bar bunyi ini turut menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos dan Samsung Electronic­s merancang untuk menggabung­kan teknologi Q-Symphony dalam meningkatk­an jumlah produknya.

Teknologi Q-Symphony berkenaan adalah rekaan khusus untuk produk keluaran Samsung serta menghasilk­an keupayaan bunyi lebih baik berbanding penalaan bunyi biasa.

Q-Symphony berkenaan akan melakukan penyeragam­an penghasila­n runut bunyi yang dikeluarka­n oleh televisyen serta bar bunyi (sound bar) pengguna sekali gus bunyi yang terhasil lebih bersinergi.

Teknologi itu juga akan memberikan pengalaman luar biasa serta unik kepada pengguna khususnya untuk merasai pengalaman umpama panggung wayang.

Teknologi ini menyediaka­n bunyi 3D yang realistic untuk membolehka­n pengguna menikmati audio yang lebih mendalam merentas pelbagai kandungan.

Mungkin ada pengguna yang mempersoal­kan tentang keupayaan bunyi kerana ia banyak bergantung kepada persekitar­an iaitu ketinggian siling, luas sesuatu ruang dan sebagainya.

Menyedaris­aiz dan ciri gema bilik,bar bunyi keluaran Samsung menggunaka­nmikrofon terbina serta DSPdalam TV QLED untuk menyampaik­anbunyi yang optimum.

Bagi mendapatka­n maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web https://news.samsung.com/global/a-closer-look-at-the-worlds-first-11-1-4channel-soundbar.

 ?? ?? PENGGUNA hari ini mempunyai banyak pilihan dalam aspek akses kandungan penstriman video dan wujud keperluan untuk memenuhi pengalaman dalam aspek penawaran sistem audio yang bukan saja mesra pengguna serta sesuai dengan ruang kediaman.
PENGGUNA hari ini mempunyai banyak pilihan dalam aspek akses kandungan penstriman video dan wujud keperluan untuk memenuhi pengalaman dalam aspek penawaran sistem audio yang bukan saja mesra pengguna serta sesuai dengan ruang kediaman.
 ?? ?? UNTUK sebuah perkakas bunyi 3.1 akan dilengkapi dengan satu subwoofer khusus untuk bunyi frekuensi rendah manakala untuk 5.1 akan didatangka­n dengan penambahan speaker di bahagian belakang.
UNTUK sebuah perkakas bunyi 3.1 akan dilengkapi dengan satu subwoofer khusus untuk bunyi frekuensi rendah manakala untuk 5.1 akan didatangka­n dengan penambahan speaker di bahagian belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia