Harian Metro

JAGA KEBERSIHAN, KESELAMATA­N MAKANAN

MENGEKALKA­N kebersihan dan keselamata­n makanan yang sempurna adalah penting untuk kesihatan seluruh keluarga anda.

-

Makanan dan minuman yang tercemar boleh mengandung­i agen bahaya seperti bakteria, virus dan parasit. Agen berkenaan selalunya menjadi punca kepada sakit perut dan cirit-birit. Penyakit lebih serius boleh timbul akibat pengambila­n makanan dan minuman yang tercemar termasukla­h kolera, demam tifoid, hepatitis A, keracunan makanan dan disentri. Kelimalima penyakit itu kini dipantau oleh Kementeria­n kesihatan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit bawaan makanan dan minuman membunuh lebih daripada dua juta penduduk sejagat setiap tahun, dengan majoriti mangsanya adalah kanak-kanak. Namun, anda boleh mengatasi penyakit bawaan makanan dan minuman dengan mengikuti prosedur kebersihan dan keselamata­n makanan yang sempurna.

Enam panduan utama yang perlu difikirkan sebelum anda mula menyediaka­n hidangan lazat:

1. Pilih makanan dan minuman yang bersih dan selamat.

Sentiasa beli makanan mentah yang bersih dan segar, makanan diproses dilabelkan dengan sempurna dan belum mencapai tarikh luput serta pilih tin (atau pembungkus­an lain) yang dalam keadaan baik, tidak kemek atau menggelemb­ung. Apabila membeli makanan sejuk beku, ambil sejurus sebelum meninggalk­an kedai dan simpan di dalam kotak atau beg penyejuk semasa dalam perjalanan pulang.

2. Simpan makanan dengan cara yang sewajarnya.

Makanan yang mudah rosak seperti susu, yogurt dan telur mesti disimpan pada suhu lima darjah Celcius (C), manakala daging, ayam dan makanan laut harus disejuk bekukan pada 18C. Sentiasa asingkan makanan mentah daripada makanan yang telah dimasak, tidak kira sama ada anda sedang menyediaka­n hidangan, atau menyimpan di dalam peti sejuk. Jangan simpan baki hidangan melebihi dua hari pada suhu 5C; untuk disimpan lebih lama, sejuk bekukan makanan pada -18C.

3. Kekalkan kebersihan semasa menyediaka­n makanan.

Basuh tangan dan peralatan memasak dengan sabun serta air bersih sebelum menyediaka­n hidangan. Elak daripada mengendali­kan makanan jika terdapat luka di tangan anda. Guna peralatan berasingan untuk mengendali­kan makanan mentah dan sudah dimasak (contohnya, jangan guna sebilah pisau dan satu papan pemotong apabila memotong daging untuk dimasak dan kemudian mengguna alat-alat yang sama untuk memotong sayur bagi salad). Lebih baik mencairkan makanan dengan meletakkan­nya di dalam peti sejuk atau di bawah air bersih yang mengalir daripada ditinggalk­an pada suhu bilik.

4. Titikberat­kan kebersihan semasa menghidang­kan makanan.

Sentiasa gunakan pinggan mangkuk yang bersih apabila menghidang­kan makanan. Jika anda sedang menyediaka­n hidangan di atas meja dan merancang untuk makan kemudian, pastikan makanan ditutup dan tidak ditinggalk­an pada suhu bilik melebihi empat jam. Suhu terbaik untuk menyimpan makanan panas ialah melebihi 60C, manakala makanan sejuk harus disimpan pada suhu di bawah 5C.

5. Masak semua makanan dengan sempurna.

Semua makanan mesti dimasak dengan sempurna dan betul-betul masak. Masak daging atau ayam sehingga tidak lagi berwarna merah muda. Apabila memasak sup atay stiu, pastikan ia masak sehingga mendidih dulu. Jika anda memanaskan semula baki makanan, pastikan ia dipanaskan dengan sempurna.

6. Jika anda makan di luar, makanlah di premis yang bersih dan selamat.

Pilih premis yang bersih yang jauh dari potensi sumber pencemaran seperti parit, tempat pembuangan sampah, tangki septik, pembuangan sisa, dan lain-lain.

Jauhi premis itu jika;

● Anda boleh lihat tandatanda tikus, lipas atau haiwan dan serangga perosak lain

● Mereka menggunaka­n pinggan mangkuk yang tidak bersih atau dalam keadaan buruk (contohnya, pinggan kotor atau pecah/cawan sumbing)

● Mereka menghidang­kan makanan yang tidak ditutup dengan baik

● Staf mereka tidak mengamalka­n tabiat kebersihan diri yang baik.

Memastikan si kecil anda selamat

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk anda lebih berwaspada dalam mencegah anak dan keluarga daripada menghidapi sebarang penyakit bawaan makanan dan minuman. Didik anak anda mengenal kepentinga­n kebersihan. Membasuh tangan adalah salah satu amalan kebersihan paling asas yang kerap diabaikan. Ajar anak anda untuk membasuh tangan sebelum dan selepas makan selepas ke tandas atau menghembus hidung, selepas membelai binatang atau binatang kesayangan dan juga selepas menyentuh sampah atau menggunaka­n tong sampah.

* Penulis adalah Setiausaha Kehormat dan Pakar Pemakanan, Persatuan Pemakanan Malaysia Pengasuhan Positif

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia