Harian Metro

Kemenangan mengukuhka­n kedudukan di belakang JDT

-

Kuala Lumpur: Siapa yang layak berada di tangga kedua Liga Super bakal ditentukan menerusi pertemuan membabitka­n Negeri Sembilan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam ini.

Sudah tentu bakal menarik perhatian penyokong bola sepak tempatan apabila masing-masing dalam usaha mengukuhka­n kedudukan sekali gus mencabar pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT).

Melihat kepada situasi semasa, Negeri Sembilan berada di kedudukan kedua dengan 14 mata manakala KDA FC di tempat ketiga apabila mengutip 13 mata daripada lapan perlawanan. Berdasarka­n kepada pencapaian pada perlawanan terdahulu, Negeri Sembilan mempamerka­n aksi konsisten walaupun tewas 0-1 kepada JDT baru-baru ini manakala KDA FC pula bergelut untuk meraih kemenangan selepas pertemuan terakhir dengan PJ City hanya mencatatka­n keputusan seri. Walaupun dilihat berpeluang cerah untuk meraih kemenangan bertemu KDA FC, pengendali Negeri Sembilan K Devan (gambar) menyedari banyak ‘kerja rumah’ harus dilakukan bagi memantapka­n lagi persembaha­n pasukan.

“Seperti yang kita tahu, setiap pasukan memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk membentuk skuad mantap namun kita sekarang baru saja dalam tempoh dua tahun bersama.

“Pencapaian sekarang ini agak mengejutka­n kerana mampu berada dalam kelompok tiga terbaik namun perkara penting adalah berusaha mencipta kemenangan pada setiap perlawanan,” katanya.

Selain pertemuan membabitka­n dua pasukan itu, turut akan berentap hari ini adalah Sarawak United menentang Kuala Lumpur City FC manakala Penang pula akan menerima kunjungan Sabah.

Sabah yang dipimpin Datuk Ong Kim Swee kini berada di tangga keempat liga menerusi 12 mata sekali gus berpeluang berada di kedudukan kedua liga jika berjaya meraih tiga mata menentang Penang.

“Pencapaian sekarang ini agak mengejutka­n kerana mampu berada dalam kelompok tiga terbaik Devan

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia