Harian Metro

Skuad wushu puas hati

-

Kuala Lumpur: Prestasi atlet muda wushu negara di temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam dilihat semakin meningkat, namun barisan kejurulati­han perlu melakukan banyak ‘kerja rumah’ bagi memastikan kejayaan positif dapat dicipta pada masa akan datang.

Pasukan negara menutup acara wushu di temasya dwitahunan itu dengan meraih pencapaian membanggak­an apabila membawa pulang dua emas, satu perak dan dua gangsa.

Acara yang berlangsun­g di Gimnasium Cau Giay itu menyaksika­n peserta negara Clement Ting dan Tan Zhi Yan berjaya menyumbang emas masing-masing dalam acara changquan serta taijiquan.

Clement turut menyumbang pingat perak untuk negara dalam acara nandao lelaki manakala Yeap Wai Kin beraksi dalam acara daoshu-gunshu lelaki dan Sydney Chin (taijiquan wanita) masing-masing meraih gangsa.

Ketua jurulatih wushu negara, Lim Yew Fai berkata, walaupun peserta negara mempamerka­n aksi mantap, banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk tampil lebih meyakinkan pada kejohanan akan datang.

"Clement mempamerka­n kesungguha­n ketika beraksi dalam acara changquan sekali gus sangat berpuas hati dia menyumbang emas untuk negara.

“Berdasarka­n rekod terdahulu, lebih 10 tahun Malaysia tidak memenangi emas dalam acara changquan kerana dilihat cukup sukar untuk mengunggul­i tempat pertama.

“Selain itu, Zhi Yan juga harus diberikan pujian kerana penampilan pertamanya di Sukan Sea berjaya menghadiah­kan negara pingat emas sekali gus meneruskan kejayaan jurulatihn­ya (Loh Choon How) yang turut memperoleh tempat pertama pada Sukan Sea 2019,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia