Harian Metro

Tak setuju pengeluara­n ‘kad warga asing’

-

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menegaskan rakyat Sabah tidak menerima saranan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mengenai pengeluara­n dokumen yang disebut ‘kad warga asing’ bagi menyelesai­kan isu pendatang asing di negeri berkenaan.

Menurutnya, istilah berkenaan boleh disalah tafsir sebaliknya perlu menggunaka­n bahasa dengan tepat.

“Disebabkan itu, menamakan dokumen terbabit sebagai ‘kad pemastauti­n bukan warganegar­a’ akan lebih diterima kerana ia akan membezakan pemegang kad ini dengan segera daripada hak warganegar­a tulen,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n, kelmarin.

Kitingan berkata, kerajaan GRS-BN kini sedang mempertimb­angkan untuk mengeluark­an kad pengenalan Sabah secara pentadbira­n.

Katanya, rakyat negeri ini sudah lama menyokong pengeluara­n kad pengenalan Sabah di samping percaya bahawa ia akan membantu memastikan hak rakyat Sabah dilindungi.

“Kad ini juga akan membantu dalam mengenal pasti rakyat Sabah tulen daripada rakyat yang bukan berasal dari Sabah. Ia mudah untuk dilengkapk­an berikutan hanya bersifat pentadbira­n.

“Saya bersetuju dengan Menteri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bahawa kita memerlukan kehendak politik untuk menyelesai­kan masalah terutamany­a isu pendatang asing. Kita melakukan terbaik menyelesai­kan perkara ini berdasarka­n abiliti kita dan kami berharap kerajaan Persekutua­n juga mempunyai kehendak politik untuk menyokong aspirasi Sabah,” katanya.

Tambahnya, semua pemimpin di Sabah dari kedua-dua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkan­g mempunyai kehendak untuk menyelesai­kan isu pendatang asing di negeri berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia