Harian Metro

‘Kami berharap Yo ditemui’

-

Kota Bharu: “Kami sangat berharap Yo ditemui segera sama ada hidup atau mati,” kata Kamariati Omar, 56.

Kamariati adalah kakak kepada Yo atau Khairul Nizam Omar, 46, yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Kelantan dari jambatan Sultan Yahya Petra di sini, tengah hari kelmarin.

Menurut Kamariati, kali terakhir berjumpa dengan adiknya pada 1 Syawal lalu ketika mangsa bersama isteri dan dua anaknya bertandang ke rumah mereka di Wakaf Merah, Pasir Mas, dekat sini.

Katanya, adiknya yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan itu sangat ceria dan tidak menunjukka­n sebarang perubahan atau masalah apa-apa.

“Dia sebelum ini bertugas di Sarawak dan kira-kira dua tahun berpindah ke Kelantan malah setakat ini dia tidak mengadu sebarang masalah kerana kami sangat rapat.

“Saya menerima panggilan daripada adik bongsu jam 1 tengah hari semalam (kelmarin) memaklumka­n Yo (mangsa) terjun sungai dan sangat terkejut kerana kejadian itu tiba-tiba,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kamariati berkata, dia yakin bahawa individu yang terjun dari jambatan itu adalah adiknya kerana motosikal jenis Honda Wave ditinggalk­an di atas jambatan adalah milik mangsa.

“Saya dimaklumka­n adik sempat ke tempat kerja sebelah pagi dan menyapa beberapa rakan setugas sebelum keluar semula dan dikejutkan dengan kejadian itu. Kami sekeluarga melakukan solat hajat malam tadi dan memohon pencarian Yo dipermudah­kan kerana sekurang-kurangnya ada ‘tanda’ (kubur) jika hanya jasad tidak bernyawa ditemui,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Semalam (kelmarin) tular mengatakan mangsa mengalami tekanan kerja sehingga bertindak sedemikian namun hasil semakan kita selepas merujuk JIM, tiada unsur tekanan kerja,” katanya.

 ?? ?? ANGGOTA Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menjalanka­n rondaan mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra. Gambar kecil, Khairul Nizam. STR/SITI ROHANA IDRIS
ANGGOTA Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor menjalanka­n rondaan mengesan mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra. Gambar kecil, Khairul Nizam. STR/SITI ROHANA IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia