Harian Metro

Waspada individu dakwa dilantik DBKL kutip sewa tertunggak

-

Kuala Lumpur: Waspada terhadap individu atau ejen syarikat yang mendakwa dilantik Dewan bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) bagi mengutip sewa tertunggak kediaman didiami.

Itu nasihat Unit Media Jabatan Perancanga­n Korporat DBKL terhadap 21,000 penyewa yang mempunyai tunggakan bayaran sewa mendiami Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) DBKL.

Menurutnya, semua bayaran bil air dan sewa kediaman PA dan PPR perlu dibayar di kaunter-kaunter bayaran DBKL.

“Penghuni juga boleh membayar secara atas talian melalui JomPAY di Perbankan Internet dan Telefon Mudah Alih.

“Lokasi dan waktu operasi Kaunter DBKL boleh dirujuk di portal DBKL www.dbkl.gov.my,” katanya.

Menurutnya kenyataan itu, DBKL tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen atau syarikat bagi mengutip bayaran sewa rumah dan bil air di PA dan PPR DBKL.

“Penyewa diminta membuat aduan ke DBKL di adu@kl sekiranya terdapat individu, ejen atau syarikat yang menawarkan perkhidmat­an bagi mengutip hasil itu.

“DBKL tidak akan bertanggun­gjawab ke atas kegagalan penerimaan bayaran hasil sewa dan bil air yang dibuat melalui mana-mana individu tidak bertauliah ini,” ka- tanya.

Harian Metro semalam mendedahka­n kurang 50 peratus atau hanya 17,000 daripada 38,000 penyewa di 65 kediaman PA dan PPR bawah seliaan DBKL komited membayar sewa bulanan mengikut jadual ditetapkan.

Manakala, baki 21,000 penyewa lagi mempunyai tunggakan sewa 17 peratus pada kadar tunggakan lebih RM10,000, 60 peratus pada kadar tunggakan RM1,000 hingga RM10,000 manakala baki 23 peratus mempunyai kurang RM1,000.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah memaklumka­n pihaknya mempunyai pelan pemulihan bagi isu tunggakan sewa.

Katanya, pasukan khas diwujudkan bagi mengenal pasti unit rumah yang mempunyai banyak tunggakan sewa malah turut mengadakan sesi bersemuka bersama penyewa terbabit atau mengunjung­i kediaman mereka bagi mendapatka­n maklumat berkaitan punca tidak membayar sewa serta memberi peringatan dan kesedaran tanggungja­wab menjelaska­nnya.

Bagaimanap­un Mahadi berkata, DBKL cuba bertolak ansur malah tidak menghalau penyewa terbabit secara drastik kerana enggan mereka kehilangan tempat berteduh.

“Berdasarka­n rekod, jumlah tunggakan sewa di PA/PPR DBKL pada tahun 2018 berjumlah RM58.5 juta, 2019 (tunggakan RM48.6 juta) dan terus menurun pada angka RM46.6 juta pada tahun 2020 dan RM47.6 juta tahun lalu.

“Tunggakan sewa meningkat semula sebanyak empat peratus pada suku pertama tahun ini dengan jumlah RM50.7 juta,” katanya.

‘ DBKL tidak akan bertanggun­gjawab ke atas kegagalan penerimaan bayaran hasil sewa dan bil air yang dibuat melalui mana-mana individu tidak bertauliah ini” Unit Media Jabatan Perancanga­n Korporat DBKL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia