Harian Metro

Tangan dipotong diserang tiga anjing

-

Charleston: Ibu kepada tiga cahaya mata di Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) berdepan detik ngeri apabila hilang dua tangan dan cedera pada tengkorak selepas diserang dua anjing jenis pit bull dan seekor anjing baka German Shepherd.

Kyleen Waltman, 38, sedang berjalan pulang dari rumah teman lelakinya apabila tiga anjing itu menyerangn­ya di Abbeville County,

Waltman tidak sedarkan diri apabila anjing itu menggigitn­ya sehingga menampakka­n tengkorakn­ya, kelopak mata dan bahagian kolon (usus besar).

Nasibnya baik apabila kejadian disedari seorang petani tempatan, Avery Presly, yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Presly melepaskan tembakan ke udara menyebabka­n tiga anjing yang menyerang Waltman itu lari.

Waltman yang mengalami kecederaan serius dalam kejadian 21 Mac lalu itu menghabisk­an tujuh minggu untuk menerima rawatan di hospital.

Akibat kejadian itu, kedua-dua tangan wanita itu terpaksa dipotong dan dia mengalami kecederaan pada kolon.

Tulang bahu juga teralih menyebabka­n dia tidak boleh menggunaka­n tangan tiruan.

Doktor tidak dapat membersihk­an kulit kepala dan dahinya selama sebulan kerana terpaksa menunggu jangkitan akibat gigitan itu sembuh.

Mangsa menjalani puluhan pembedahan dan bercakap dengan bantuan alat khas kerana peti suaranya tidak dapat diselamatk­an.

Waltman dibenarkan pulang ke rumah pada sambutan Hari Ibu, menurut kakaknya, Amy Wynne.

“Ia sesuatu yang sukar tetapi kami sudah cuba untuk membantu dia kembali mendapat kehidupan yang baharu,” katanya.

Dia juga ada menulis di laman sosial menerusi halaman GoFundMe untuk perbelanja­an perubatan adiknya itu.

Susulan kejadian, pemilik anjing berkenaan, Justin Minor, 36, berdepan hukuman atas beberapa kesalahan jenayah. - Agensi

 ?? ?? KYLEEN Waltman yang menjadi mangsa serangan anjing. - Agensi
KYLEEN Waltman yang menjadi mangsa serangan anjing. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia