Harian Metro

MOHON PANGGIL ARUL KANDA JADI SAKSI

-

Pihak pendakwaan kes pindaan laporan audit 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini, semalam memohon untuk memanggil Arul Kanda Kandasamy sebagai saksi terhadap tertuduh bersamanya dalam kes itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua pasukan pendakwaan kes tersebut Datuk Seri Gopal Sri Ram membuat permohonan itu di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Seksyen itu menyatakan bahawa dalam keadaan dua atau lebih orang didakwa melakukan kesalahan di bawah akta tersebut, mahkamah boleh atas permohonan bertulis pendakwa raya, mengkehend­aki seorang atau lebih seorang daripada mereka memberikan keterangan sebagai saksi untuk pihak pendakwaan.

Sri Ram berkata Arul Kanda, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, mungkin mempunyai maklumat berkaitan transaksi dengan Najib, yang akan menjejaska­n keputusan pendakwaan terhadap bekas menteri kewangan itu.

“Beliau (Arul Kanda) mempunyai maklumat dalam simpananny­a yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap tertuduh lain (Najib) berhubung mesyuarat tertentu yang diadakan pada Februari 2016 dan peristiwa selepas pertemuan itu,” kata Sri Ram.

Semasa menjawab permohonan itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, walaupun permohonan itu telah dibuat secara rasmi kepada mahkamah, pihak pendakwaan perlu memenuhi keperluan undang-undang.

“Mereka boleh membuat permohonan ini. Terdapat peruntukan yang mengawal dan terdapat kes dan peruntukan yang akan menyokong (permohonan).

“Adalah menjadi budi bicara Yang Arif sepenuhnya, berpanduka­n undang-undang dan sebagainya. Mereka (pendakwaan) perlu memuaskan hati mahkamah sama ada ia (permohonan) tertakluk dalam Seksyen 63 akta SPRM.

“Ia satu permohonan yang luar biasa, malah, pada zaman moden, ia mungkin kali pertama. Saya melihat isu

‘ Ia satu permohonan yang luar biasa, malah, pada zaman moden, ia mungkin kali pertama” Muhammad Shafee

permohonan ini termasuk isu yang bersifat Perlembaga­an,” kata peguam itu.

Peguam Datuk N Sivanantha­n, yang mewakili Arul Kanda berkata beliau tidak akan membuat sebarang hujahan dan menyerahka­n perkara itu kepada budi bicara mahkamah.

“Kedudukan anak guam saya konsisten sehingga ketika dipanggil untuk siasatan kes. Terdapat prerogatif pendakwaan jika mereka mahu membuat permohonan itu,” kata Sivanantha­n dan menjelaska­n bahawa pihak pendakwaan telah menyatakan dalam pernyataan pembukaann­ya pada awal perbicaraa­n mengenai hasratnya untuk memanggil anak guamnya untuk memberi keterangan.

Dalam pernyataan pembukaan pendakwaan bertarikh 18 Okt 2019, Sri Ram berkata beliau bertanggun­gjawab memaklumka­n mahkamah bahawa pada peringkat yang sesuai, pendakwa raya akan memohon secara bertulis di bawah Seksyen 63 Akta SPRM untuk memanggil tertuduh (Arul Kanda) untuk memberi keterangan bagi pihak pendakwaan.

Selepas mendengar hujahan lisan, Mohamed Zaini mengarahka­n kesemua pihak supaya mengemukak­an hujahan bertulis mereka dan menetapkan 30 Mei untuk mendengar itu.

Najib, 68, didakwa menggunaka­n kedudukann­ya untuk mengarahka­n pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakka­n sebarang tindakan diambil terhadapny­a.

Arul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan permohonan 1MDB.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Wilayah Persekutua­n Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

 ?? ?? Mungkin mempunyai maklumat berkaitan transaksi dengan Najib, yang akan menjejaska­n keputusan pendakwaan terhadap bekas menteri kewangan itu.
Didakwa menggunaka­n kedudukann­ya untuk mengarahka­n pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangk­an kepada PAC.
Mungkin mempunyai maklumat berkaitan transaksi dengan Najib, yang akan menjejaska­n keputusan pendakwaan terhadap bekas menteri kewangan itu. Didakwa menggunaka­n kedudukann­ya untuk mengarahka­n pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangk­an kepada PAC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia