Harian Metro

KKM SENTIASA TERBUKA

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman am@hmetro.com.my

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) terbuka untuk membuat kajian klinikal terhadap CBD atau cannabidio­l (antara kandungan aktif dalam pokok kanabis) bagi tujuan perubatan.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata, bagaimanap­un sebelum melakukan kajian klinikal itu terdapat beberapa undang-undang perlu dilihat terlebih dahulu bagi membendung penyalahgu­naan bahan berkenaan.

“Penggunaan CBD ini memang menjadi topik perbahasan kini, sebab negara luar ada yang menggunaka­n bahan berkenaan untuk rawatan penyakit kronik dan sebagainya.

“KKM memang terbuka untuk menjalanka­n kajian klinikal namun untuk peringkat awal kita belum boleh bergerak seperti dilakukan negara luar. Terutama penggunaan kanabis, ia berada bawah Akta Racun.

“Jadi sebelum kita dapat menggunaka­nnya, banyak undang-undang yang perlu kita selesaikan. Kita tidak boleh lepas (gunakan) sewenang-wenangnya kerana bimbang berlakunya penyalahgu­naan di peringkat awal atau berlakunya kesan sampingan,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Kajian Klinikal 2022 di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidik­an dan Sokongan

Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Clinikal Research Malaysia (CRM), Dr Akhmal Yusof.

Dalam pada itu, Dr Noor Azmi berkata, sekiranya negara mempunyai bukti atau kejayaan dalam kajian klinikal yang dijalankan ke atas CBD, tidak mustahil negara ini juga akan menggunaka­n rawatan CBD dalam perubatan.

“Banyak juga ubat dulu yang tidak dapat digunakan, tetapi bila terbukti dalam kajian klinikal, akhirnya ia sangat berguna kepada rawatan dan selamatkan nyawa manusia,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kajian klinikal yang dijalankan di negara ini, Dr Noor Azmi berharap lebih banyak doktor dan saintis di negara ini menjalanka­n kajian sekali gus membantu negara menjadi hub kajian klinikal pada masa akan datang.

 ?? ?? DR Noor Azmi (dua dari kiri) bersama Dr Hishamshah (kanan) dan Dr Akhmal ketika melancarka­n Majlis Hari Kajian Klinikal di Putrajaya.
DR Noor Azmi (dua dari kiri) bersama Dr Hishamshah (kanan) dan Dr Akhmal ketika melancarka­n Majlis Hari Kajian Klinikal di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia