Harian Metro

Lima negeri catat pertambaha­n kes

-

Putrajaya: Kes penularan Covid-19 di negara ini tidak banyak berubah apabila sebanyak 2,124 kes dicatatkan kelmarin membabitka­n 2,123 kes penularan tempatan dan satu kes import.

Menerusi laman sesawang COVIDNOW semalam, lima negeri mencatatka­n pertambaha­n kes tiga angka dengan Selangor melaporkan kes paling tinggi iaitu sejumlah 892 kes, diikuti Kuala Lumpur (411), Perak (125), Pulau Pinang (114) dan Melaka (111).

Selain itu, Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 98 kes, Kedah (70), Johor (62), Sarawak (58), Sabah (56), Putrajaya (46), Pahang (40), Kelantan (17), Terengganu (11), Labuan (7), Perlis (6).

Perkembang­an itu menjadikan sehingga kini jumlah individu yang dijangkti Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,485,419 kes.

Sehingga kini terdapat 29,789 kes aktif di negara ini dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 95.9 peratus bersamaan 28,569 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu seramai 1,165 kes pula sedang mendapatka­n rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) (20), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan (22) serta ICU dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (13).

Dalam pada itu, setakat kelmarin, terdapat tiga kes kematian dilaporkan dan dua daripadany­a adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini sebanyak 35,633 kes kematian akibat jangkitan berkenaan.

Daripada jumlah yang dinyatakan itu, terdapat 7,550 kes adalah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Data turut menunjukka­n kelmarin terdapat 2,303 kes sembuh, jumlah itu menjadikan sehingga kini individu yang sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan kini meningkat kepada 4,419,997 kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia