Harian Metro

HASIL DURIAN JATUH 30%

Antara faktor kenaikan harga raja buah antara RM3 hingga RM9 sekilo di Balik Pulau

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Musim durian di Pulau Pinang kali ini menyaksika­n penguranga­n sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu, sekali gus menyaksika­n harga raja buah itu meningkat RM3 hingga RM9 bagi setiap sekilogram.

Ia diakui peniaga durian, Shamsul Abdul Aziz, 35, yang memiliki dusun seluas 1.6 hektar di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau di sini, yang mendakwa antara sebab kekurangan buah durian kerana faktor perubahan cuaca termasuk ribut dan hujan lebat sejak kebelakang­an ini yang menyebabka­n bunga durian gugur serta buah tidak menjadi.

“Disebabkan faktor itu, terdapat penjual yang terpaksa menaikkan sedikit harga susulan peningkata­n lain-lain kos seperti bahan api untuk pengangkut­an.

“Penggunaan baja yang kebanyakan­nya diimport menyebabka­n ada peniaga terpaksa menaikkan sedikit harga selain faktor kemerosota­n nilai ringgit,” katanya ketika ditemui di gerainya di Tanjung Tokong di sini.

Namun menurut Shamsul, harga durian yang dijualnya selaras dan tidak dinaikkan seperti beberapa musim kebelakang­an ini yang disifatkan ‘harga kayangan’.

“Sedangkan ada juga buah dijual pada harga serendah RM13 sekilogram mengikut jenis, jadi kita hendak hapuskan mentaliti itu supaya golongan B40 juga dapat merasai keenakan durian tempatan.

“Buah durian luruh dalam tempoh masa pendek serta dengan kuantiti yang banyak dan kita tidak mahu berlaku pembaziran akibat tiada pembeli,” katanya.

Shamsul berkata, biasanya musim durian membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan mengambil upah mengutip, membawa buah kepada penjual dan menjual.

“Sudah tiada sekatan (rentas negeri) seperti dua tahun lalu, jadi ini masanya kita rancakkan semula penjualan durian sebagai tarikan pelanconga­n ke negeri ini,” katanya.

Bagi peniaga dan pemilik dusun, Hamzah Ahmad, 66, berkata, pada masa ini harga buah memang sedikit mahal berbanding dua minggu akan datang apabila durian jenis lain termasuk gred rendah mulai gugur.

“Faktor itu juga mungkin menyebabka­n ada peniaga menaikkan harga kepada RM3 hingga RM9 bagi setiap sekilogram setakat ini.

“Di sini, setiap kilogram durian Duri Hitam dijual pada harga RM95, Musang

King RM70, Hor Lor RM55 manakala 604 dan Kunyit pula RM36,” katanya yang ditemui di Jalan Air Putih di sini.

Bagi pemilik dusun dan peniaga durian Rumah Batu, Balik Pulau, Tan Hock Hoe, 45, berkata, buah di dusunnya tidak dibawa keluar atau dijual di tempat lain dan pengunjung perlu datang ke dusunnya bagi menikmati durian.

 ?? ?? SHAMSUL (kanan) di gerainya di Tanjung Tokong mengakui faktor perubahan cuaca termasuk keadaan ribut dan hujan lebat sejak kebelakang­an antara penyebab bunga durian gugur serta buah tidak menjadi. - Gambar NSTP/FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
SHAMSUL (kanan) di gerainya di Tanjung Tokong mengakui faktor perubahan cuaca termasuk keadaan ribut dan hujan lebat sejak kebelakang­an antara penyebab bunga durian gugur serta buah tidak menjadi. - Gambar NSTP/FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia