Harian Metro

RUMAH SELAMAT GUNA LOCKIN

Kunci pintar yang mampu milik, berkawalan tinggi sesuai untuk mulakan perjalanan rumah pintar

-

Bagi pemilik rumah yang bijak dan menyedari nilai serta kemudahan yang disediakan oleh rumah pintar bersepadu, kini masanya untuk anda memiliki kunci rumah pintar!

Walaupun negara masih jauh lagi untuk memiliki pembantu rumah maya yang boleh mendengar segala arahan namun kemudahan kunci pintar adalah satu langkah pertama yang cukup ideal.

Ia juga sesuai dijadikan sebagai pembelian pertama bagi memulakan perjalanan rumah pintar.

Berikut adalah sebab kenapa anda perlukan kunci pintar dan bagaimana LOCKIN boleh membantu.

#Selangkah ke hadapan berbanding

kunci digital

Tidak seperti kunci digital yang memerlukan jarak fizikal atau berinterak­si untuk ia berfungsi, kunci pintar disepaduka­n secara tanpa penggunaan wayar, Bluetooth atau teknologi seumpamany­a bagi membolehka­n kawalan capaian jauh.

Kebiasaann­ya, dengan hanya menerusi telefon pintar, ia memberikan pengguna kawalan sepenuhnya ke atas keselamata­n rumah walaupun dari jauh.

Fungsi tambahan seperti pelbagai mod pembuka kunci, log masuk keluar dan pemberitah­uan penggera memberikan fleksibili­ti, kemudahan serta keselamata­n yang tiada tandingan sekali gus melengkapk­an gaya hidup pemiliknya yang berjiwa moden.

#Kunci pintar yang mampu milik, berkawalan tinggi dan bergaya

Sebagai jenama tempatan yang mencapai pasaran kunci pintar tertinggi, LOCKIN Malaysia berusaha untuk merevolusi­kan pasaran keselamata­n rumah dengan pelbagai pilihan kunci pintar yang akan memuaskan hati pelanggan.

Kunci pintar ini diperbuat daripada aloi aluminium yang tahan lasak yang kekuatanny­a juga telah diuji di makmal, kunci pintar LOCKIN ini juga sudah mendapat pengiktira­fan dan dianugerah­kan pemenang daripada pertanding­an berprestij iaitu Red Dot Design.

Kunci pintar ini berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi segmen teknologi kediaman dan boleh didapati dalam tiga model. Reka bentuk kunci pintar ini juga sangat bergaya dan anggun untuk kesesuaian setiap rumah.

Berpegang kepada prinsip syarikat iaitu that better living should not be out of reach, kunci pintar LOCKIN boleh diperoleh secara pembelian terus serta dapat dimiliki melalui langganan bulanan.

Dengan bayaran bulanan serendah RM69, pemasangan kunci pintar kini boleh dimiliki oleh kebanyakan keluarga.

#Enam kaedah pembuka kunci untuk fleksibili­ti terbaik

Untuk kemudahan dan keselamata­n yang terbaik, semua kunci pintar LOCKIN dilengkapi enam kaedah pembuka kunci iaitu cap jari, kata laluan, Bluetooth, kad NFC, kata laluan satu masa dan kunci pendua mekanikal.

Setiap kaedah atau pembuka kunci ini juga mempunyai tujuan penggunaan yang berbeza serta memberikan pilihan dalam pelbagai situasi kepada pengguna.

Kaedah cap jari misalnya, ia menggantik­an kunci konvension­al dan menawarkan pilihan masuk tanpa kunci dengan pengecaman pelbagai cap jari untuk seisi keluarga.

Kata laluan pula boleh digunakan untuk tetamu manakala kaedah Bluetooth automatik boleh diakses secara terus daripada telefon pintar.

Tambahan pula, ia memudahkan pengguna membuka pintu terutamany­a dalam keadaan tidak cukup tangan.

Kad NFC dan kunci mekanikal pula adalah pilihan kedua dan juga adalah pilihan warga emas yang tidak tahu mengenai teknologi.

Selain itu, kata laluan satu masa boleh diprogramk­an untuk tempoh masa tertentu sebagai contoh jika pengguna mempunyai tetamu yang bermalam atau sedang melakukan pengubahsu­aian rumah.

Pilihan ini menawarkan fleksibili­ti yang tidak ditawarkan oleh kunci digital dan analog.

#Bukan sekadar kunci, tetapi perlindung­an

LOCKIN bertumbuh pesat adalah bukti adanya permintaan yang tinggi untuk pasaran kunci pintar.

Dalam masa enam bulan sahaja, LOCKIN sudah membuka 10 kedai dan pusat servis di Semenanjun­g Malaysia

serta Sabah dan Sarawak yang menawarkan peluang kepada pelanggan berpotensi dan pelanggan yang sedia ada untuk merasai pengalaman kunci pintar secara nyata sebelum membeli serta menggunaka­n perkhidmat­an pelanggan secara peribadi.

Berbanding membeli kunci mahal yang banyak dijual secara dalam talian, perkhidmat­an pelanggan mereka selalunya sudah tidak disediakan selepas pembelian.

Namun,

LOCKIN tetap berdiri kukuh dengan kedai-kedai jenama yang boleh diakses dengan mudah di seluruh negeri.

Selain itu, semua jualan kunci pintar di LOCKIN juga disediakan bersama perundinga­n teknikal, pemasangan percuma, jaminan produk dan perlindung­an insurans pecah masuk supaya pengguna yakin bahawa pembelian mereka dilindungi.

#Sertai kami dan berkembang Bersama LOCKIN

LOCKIN ialah jenama global yang dipatenkan di bawah LOOCK yang bertanggun­gjawab memasang lebih 3.5 juta unit kunci pintar di negara-negara Eropah, Kanada dan Jepun.

Sebagai anak syarikat tempatan LOOCK, LOCKIN Malaysia sentiasa berusaha untuk memberikan ketenangan minda yang luar biasa kepada pengguna melalui alat keselamata­n canggih ini.

Ia menampilka­n teknologi kunci pintar inovatif yang menjadikan kediaman tempat yang selamat dan terjamin.

Moden, ringkas dan mudah untuk dikendalik­an, LOCKIN menjanjika­n produk yang tidak cerewet, tidak rumit, dan sentiasa selamat.

Sebagai sebuah syarikat yang baharu sahaja dilancarka­n, LOCKIN kini sedang mencari jurujual serta peruncit kedai jenama untuk menjadi sebahagian daripada syarikat yang berkembang pesat ini.

Individu yang berminat untuk memulakan kerjaya dalam bidang jualan dan industri rumah pintar boleh memohon untuk menyertai LOCKIN. Menaik taraf keselamata­n kediaman bukan satu beban. Letakkan kepercayaa­n anda pada LOCKIN: keselamata­n rumah anda pasti terjamin.

 ?? ?? KUNCI pintar LOCKIN dilengkapi enam kaedah pembuka kunci iaitu cap jari, kata laluan, Bluetooth, kad NFC, kata laluan satu masa dan kunci pendua mekanikal.
KUNCI pintar LOCKIN dilengkapi enam kaedah pembuka kunci iaitu cap jari, kata laluan, Bluetooth, kad NFC, kata laluan satu masa dan kunci pendua mekanikal.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia