Harian Metro

JADUAL SUDAH NAIK SEHARI LEBIH AWAL!

Kumpulan tonto guna beberapa laman sosial ‘rahsia’ dedah lokasi operasi, laluan sekatan diadakan polis trafik

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hasbi Sidek anbia@hmetro.com.my

Tidak hanya memfokuska­n kenderaan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), malah anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut tidak terlepas dari intipan ‘geng skodeng’ dan tonto upahan.

Berdasarka­n risikan wartawan melalui beberapa laman media sosial ‘rahsia’ diwujudkan, kumpulan tonto dikesan aktif menyalurka­n maklumat lokasi operasi dan laluan sekatan diadakan polis trafik.

Malah, mereka dengan berani turut mengambil gambar anggota polis trafik yang sedang bersembuny­i serta melakukan operasi perangkap had laju di jalan atau lebuh raya seluruh negara.

Ini dibuktikan dengan gambar-gambar anggota polis trafik yang dirakam tonto sebelum dikongsi di laman media sosial.

Berdasarka­n penyamaran dilakukan wartawan di media sosial, tonto upahan atau pemandu lori didapati aktif berkongsi mesej amaran berhubung kehadiran polis trafik di sesuatu lokasi ‘panas’.

Maklumat disalurkan terarah kepada sekatan jalan raya, operasi bersepadu dan operasi perangkap had laju membabitka­n anggota trafik statik.

Turut diberikan adalah gambar, kedudukan kilometer operasi diadakan dan simbol emoji polis bagi membezakan kehadiran polis dan penguat kuasa agensi lain.

Selain itu, mereka turut memberi saranan dan cadangan kepada pemandu lori berhubung laluan alternatif yang digunakan bagi mengelak bertembung sekatan jalan raya diadakan polis trafik.

Anehnya ada antara maklumat dikongsi kumpulan tonto ini turut memaklumka­n jadual operasi polis atau JPJ sehari lebih awal sebelum ia diadakan.

Ini mengundang tanda tanya bagaimana tonto terbabit mampu memperoleh maklumat serta meramalkan operasi penguatkua­saan yang belum dilakukan.

Sebagai contoh maklumat dikongsi adalah ‘esok jam 6 pagi, Operasi Sungai Bakap hala utara’, ‘Operasi R&R Bukit Gantang jam 7 malam ini’ dan ‘esok, pukul 4 pagi, operasi Bukit Merah hala Selatan’.

Perkongsia­n maklumat ini mencetuska­n tanda tanya kepada penulis kemungkina­n wujud pembabitan ‘orang dalam’ yang membocorka­n rahsia operasi JSPT.

Harian Metro kelmarin mendedahka­n aktiviti tonto yang kembali aktif mengekori dan melaporkan pergerakan kenderaan serta anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) 24 jam sehari.

Kewujudan pelbagai aplikasi media sosial dijadikan saluran penyebaran maklumat kedudukan lokasi tepat setiap kenderaan JPJ serta polis trafik lengkap nombor pendaftara­n serta bilangan anggota bertugas.

Malah, operasi dilakukan wartawan bersama JPJ Negeri Sembilan mendapati beberapa tonto menaiki pacuan empat roda mengekori kenderaan jabatan sepanjang operasi membantera­s lori pasir dilakukan.

Maklumat disalurkan tonto kepada pemandu lori pasir sekitar Nilai, Negeri Sembilan menyebabka­n operasi JPJ berkenaan gagal.

 ?? ?? ANTARA gambar dikongsi tonto kepada pemandu lori berhubung operasi dilakukan polis trafik.
ANTARA gambar dikongsi tonto kepada pemandu lori berhubung operasi dilakukan polis trafik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia