Harian Metro

‘Syarikat tak untung kalau ikut peraturan’

-

‘ Tonto ini dibayar upah oleh syarikat pengangkut­an gergasi yang suka melakukan kesalahan. Jika mereka bekerja dengan mengikut peraturan, mengikut kelulusan, mereka dakwa tidak mampu menampung keperluan berkenaan”

Mohamad Dalib

Seremban: Syarikat pengangkut­an gergasi sanggup mengeluark­an kos tinggi semata-mata untuk membayar gaji kepada tonto upahan berbanding mengeluark­an modal bagi memastikan kenderaan mereka mengikut undang-undang.

Mantan Pengarah Bahagian Kejurutera­an Automotif Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Profesor Datuk Ir Mohamad Dalib berkata, terdapat syarikat yang beranggapa­n mereka akan mengalami kerugian jika beroperasi mengikut undang-undang.

“Tonto ini dibayar upah oleh syarikat pengangkut­an gergasi yang suka melakukan kesalahan. Jika mereka bekerja dengan mengikut peraturan, mengikut kelulusan, mereka dakwa tidak mampu menampung keperluan berkenaan,” katanya semalam.

Beliau berkata, terdapat lompong dalam undang-undang sedia ada menyebabka­n tonto memanipula­si kelemahan itu kerana golongan ini juga tahu mereka tidak akan diambil tindakan.

“Tonto mendakwa hanya mengikut atau mengekori kenderaan penguat kuasa dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Memang ada peraturan mengenai menghalang tugas awam namun itu tidak memadai.

“Perlu ada satu undang-undang yang spesifik dan tepat bagi memastikan tonto ini boleh dikenakan tindakan berdasarka­n bukti yang diperoleh. Jika tidak, peraturan yang sedia ada ini tidak mendatangk­an kerisauan kepada mereka,” katanya.

Beliau yang juga pakar automotif dan keselamata­n jalan raya berkata, ramai beranggapa­n tonto hanya wujud di jalan raya bagi memerhatik­an pergerakan JPJ atau polis.

“Sebaliknya boleh dikatakan di setiap agensi penguat kuasa lain juga terdapat tonto yang mengintip gerak-geri mereka. Di pelabuhan ada tonto yang mengawasi kastam, di kawasan sempadan pula ada tonto penyeludup­an dan jika di laut ada tonto marin serta sebagainya,” katanya.

Tambah beliau, tidak dinafikan kehebatan teknologi komunikasi ketika ini menyebabka­n maklumat yang disalurkan tonto kepada pemandu lori sangat pantas.

“Mereka hanya perlukan nama jalan, nombor pendaftara­n kenderaan milik penguat kuasa dan informasi berkenaan akan sampai kepada pemandu lori atau apa juga kartel,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tonto dikesan memperluas­kan rangkaian mereka dengan mendapatka­n kerjasama daripada pemandu trak tunda dan pemandu lori sendiri untuk berkongsi maklumat setiap gerak-geri anggota penguat kuasa.

Menurutnya, pihak JPJ akan meningkatk­an penguatkua­saan terhadap kegiatan tonto dengan bekerjasam­a dengan agensi lain seperti polis.

“Di peringkat negeri, bahagian penguatkua­saan akan mengeratka­n kerjasama dengan agensi lain bagi memastikan kegiatan tonto ini lumpuh.

“Kami juga akan mempelbaga­ikan kaedah penguatkua­saan bagi memastikan keberkesan­an dan tindakan menyeluruh dapat diambil terhadap tonto dan juga pemandu-pemandu yang membawa lebih muatan,” katanya.

 ?? ?? HANIF Yusabra
HANIF Yusabra
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia