Harian Metro

KEMPEN ‘US’ CIPTA BUDAYA KESELAMATA­N PENGGUNA

-

Dalam tempoh enam tahun kebelakang­an ini, jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat secara berterusan dengan purata lebih 500,000 kemalangan setiap tahun.

Inisiatif meningkatk­an kesedaran keselamata­n dalam kalangan pengguna jalan raya amat penting bagi membantu penguranga­n kadar kemalangan terutamany­a pada musim perayaan.

Tahun ini, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) melancarka­n Kempen Keselamata­n Jalan Raya ‘Us’ bermula 21 April 2022 lalu dan berterusan sehingga 31 Mei 2022.

Dengan slogan “Keselamata­n Bermula Dengan Kita”, kempen ini menggalakk­an rakyat Malaysia memainkan peranan mempraktik­kan amalan berhemah di jalan raya.

Kempen yang dianjurkan bersempena pergerakan pulang Aidilfitri ini, dilaksanak­an bagi memupuk kesedaran tentang pentingnya memastikan keselamata­n serta punca kemalangan jalan raya. Selain itu, kempen ini turut memberi peringatan kepada pengguna jalan raya tentang kecuaian menunggang, tingkah laku pemanduan yang perlu dielakkan serta kesan nahas jalan raya terhadap masyarakat, ekonomi dan negara secara keseluruha­n.

Faktor tingkah laku manusia mempunyai pengaruh yang dominan terhadap keselamata­n jalan raya.

Pelaksanaa­n langkah yang boleh mempengaru­hi tingkah laku pengguna jalan raya dengan berkesan sememangny­a diterima di seluruh dunia dan menjadi asas merangka aktiviti keselamata­n jalan raya.

Sehubungan itu, kempen ini dirangka untuk membawa kesedaran serta menerapkan konsep ‘keselamata­n’ ke dalam minda masyarakat secara keseluruha­n.

Bagaimanap­un, kumpulan sasar utama adalah pemandu kereta, penunggang motosikal, pekerja gig-economy serta pemandu komersial di lima negeri dengan kadar kematian kemalangan tertinggi iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pulau Pi- nang.

Pengerusi PIAM Antony Lee berkata, dari jutaan pengguna jalan raya yang balik ke kampung berhari raya, dengan ada satu pengguna jalan raya cuai ia boleh menjadi penyebab kemalangan maut.

“Malangnya, kejadian seperti ini boleh menyebabka­n keluarga mungkin kehilangan orang tersayang,” katanya.

Dalam tinjauan dilaksanak­an oleh PIAM dan MTA baru-baru ini, antara kesalahan jalan raya yang kerap berlaku dalam kalangan pekerja ‘gig-economy’ adalah melebihi had kelajuan maksimum dibenarkan dan melanggar lampu isyarat kerana mengejar masa untuk penghantar­an.

Penunggang motosikal dikenali sebagai Shah berkata, salah satu masalah utama penunggang motosikal adalah sikap pemandu bertukar lorong, menghala ke simpang secara mengejut tanpa memberikan isyarat.

Menurutnya, pemandu perlu lebih bertanggun­gjawab dan perubahan ini perlu bermula dengan diri sendiri.

Bagi pengguna jalan raya, Jamil Ibrahim, dia berharap pengguna jalan raya lebih berdisipli­n kerana kemalangan bukan saja membawa masalah kepada diri sendiri tetapi juga ahli keluarga lain yang tersayang.

“Semua pihak perlu lebih berwaspada dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mengurangk­an kadar kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MTA Mohamed Sabri Ramli berkata, kemalangan maut membabitka­n penunggang motosikal adalah penyumbang utama kadar kemalangan maut.

Menurutnya, kempen kesedaran perlu diperluask­an kerana ia membabitka­n nyawa dan keselamata­n penunggang motosikal yang direkodkan sebagai kemalangan maut tertinggi di Malaysia.

“Mengikut rekod, 2,576 kematian dicatatkan bermula Mac 2020 sehingga April 2021 membabitka­n penunggang motosikal di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, kadar ini amat tinggi dan masih membimbang­kan.

Menurutnya, penunggang motosikal perlu mematuhi peraturan ditetapkan termasuk pemakaian topi keledar yang diluluskan pihak berkuasa, menggunaka­n isyarat semasa menukar haluan, tidak mencelah antara lalu lintas dan tidak menggunaka­n telefon bimbit ketika menunggang.

Katanya, kempen keselamata­n jalan raya adalah wadah penting dalam usaha menerapkan budaya keselamata­n di jalan raya.

Bagaimanap­un kempen sebegini hanyalah sebagai ‘pelengkap’ dan bukan ‘pengganti’ kepada aktiviti serta langkah keselamata­n yang seharusnya diadakan sepanjang tahun yang bertujuan memperting­katkan tahap keselamata­n di jalan raya.

Oleh itu, kempen keselamata­n yang pada kebiasaann­ya mensasar kumpulan tertentu pengguna jalan raya, dirangka untuk mengubah tingkah laku dan seharusnya membabitka­n institusi dan organisasi kerajaan, agensi perbandara­n dan badan bukan kerajaan yang relevan serta media massa seluas mungkin.

Pencapaian kempen keselamata­n jalan raya amat bergantung, kepada mesej yang ingin disampaika­n dan komunikasi kepada pengguna jalan raya.

Memandangk­an sasaran kempen adalah terdiri daripada kumpulan pelbagai umur dan latar belakang, sudah pasti ciri, sikap dan tingkah laku mereka berbeza-beza.

Oleh yang demikian, pendekatan setiap kempen akan mengambil kira perbezaan faktor manusia ini.

Matlamat utama komunikasi adalah untuk memotivasi dan menerap budaya keselamata­n dalam kalangan kumpulan sasar agar mereka mengamalka­n sikap, tingkah laku yang lebih selamat sebagai satu cara hidup secara keseluruha­n.

Ia juga bertujuan meningkatk­an tahap kesedaran tentang masalah keselamata­n jalan raya, jumlah kemalangan jalan raya serta puncanya. Mesej yang patut diterapkan bukan sahaja untuk menarik perhatian tetapi juga untuk menekankan bahawa setiap pengguna jalan raya secara individu menghadapi bahaya dan berkemungk­inan mengalami kemalangan.

Selaras dengan slogan kempen yang diketengah­kan tahun ini, ‘Keselamata­n Bermula Dengan Kita’, setiap individu perlu menggalas tanggungja­wab sebagai pengguna jalan raya yang beretika.

Undang-undang, penguatkua­saan serta penganjura­n kempen kesedaran keselamata­n jalan raya tidak akan memberikan impak sekiranya pengguna masih mengamalka­n sikap tidak berhemah dan tidak berdisipli­n semasa menggunaka­n jalan raya.

Pelaksanaa­n kempen keselamata­n jalan raya oleh pelbagai pihak diharapkan mampu memberi kesan positif dalam menurunkan jumlah kemalangan dan nahas jalan raya secara efektif. Masyarakat boleh menyertai komuniti ‘Us’ dan mendapatka­n perkongsia­n maklumat meliputi petua, fakta keselamata­n jalan raya di pelbagai platform media sosial yang disediakan.

‘ ‘ Malangnya, kejadian 2,576 kematian seperti ini boleh dicatatkan bermula Mac menyebabka­n 2020 sehingga April keluarga mungkin 2021 membabitka­n kehilangan orang penunggang di seluruh tersayang” negara” Antony

Mohamed Sabri

 ?? ?? SHAH
SHAH
 ?? ?? JAMIL
JAMIL
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia