Harian Metro

RM26.5j naik taraf sekolah

-

ilangan penduduk bekerja di negara ini meningkat sebanyak 2.2 peratus iaitu sekitar 15.57 juta orang berbanding suku sama tahun sebelumnya iaitu seramai 15.24 juta orang.

Ketua Perangkawa­n, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (gambar) berkata, perkembang­an itu sekaligus menurunkan kadar penganggur­an sebanyak 13 peratus atau lebih 671,000 berbanding sebelum ini pada kadar 771,000.

“Memandangk­an keadaan hampir kembali normal, aktiviti sosioekono­mi yang lebih rancak berterusan pada suku tahun berkenaan. Oleh itu, ekonomi berkembang lima peratus pada suku pertama

2022 selepas mencatatka­n pertumbuha­n 3.6 peratus pada suku sebelumnya.

“Senario pasaran buruh yang menggalakk­an berterusan pada suku tahun ini menjadikan guna tenaga semakin meningkat manakala penganggur­an berkuranga­n lanjutan daripada pengukuhan permintaan buruh oleh sektor ekonomi,” katanya, semalam.

Mohd Uzir berkata, kadar penganggur­an menyusut 0.7 mata peratus kepada

4.1 peratus dan mendorong kepada peningkata­n bilangan tenaga buruh sebanyak 1.5 peratus kepada 16.25 juta orang pada suku tahun ini.

“Oleh itu, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) naik 0.4 mata peratus kepada 69 peratus. Walaupun KPTB ini adalah yang tertinggi dicatatkan sejak suku pertama 2020, kadar ini adalah 0.1 mata peratus lebih rendah berbanding yang direkodkan pada suku keempat 2019 iaitu suku tahun sebelum pandemik COVID-19,” katanya.

Mengulas mengenai situasi guna tenaga tidak penuh, Mohd Uzir berkata, dengan pembukaan semula aktiviti perniagaan dan sosial secara berterusan dengan kapasiti penuh sepanjang suku pertama 2022, bilangan penduduk yang bekerja kurang dari 30 jam seminggu menurun sebanyak 23.9 peratus berbanding suku sama 2021 yang mencatatka­n 336,300 orang.

“Selaras dengan ini, bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan masa berkurang sebanyak 21.1 peratus kepada 245,100 orang berbanding 1.6 peratus pada masa yang sama.

“Bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran yang menunjukka­n mereka yang berpendidi­kan tertiari namun bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan berkemahir­an rendah merekodkan seramai 1.81 juta orang dengan kadar 36.9 peratus.

“Walaupun bilangan yang dicatatkan lebih rendah berbanding suku sama tahun sebelumnya, kumpulan ini merangkumi lebih satu pertiga daripada penduduk bekerja berpendidi­kan tertiari,” katanya.

Shah Alam: Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM26.5 juta untuk menambah baik serta menaik taraf sekolah kebangsaan serta sekolah menengah di seluruh Selangor.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, permohonan bagi bantuan itu dibuka untuk permohonan sehingga 31 Mei ini dan setiap sekolah yang memohon akan mendapat jumlah peruntukan berbeza mengikut keperluan.

“Sebelum ini, tumpuan diberikan kepada sekolah bukan bantuan penuh seperti sekolah agama rakyat, sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, juga sekolah persendiri­an.

“Sekarang, kita terima banyak permohonan daripada sekolah kebangsaan, jadi kita lebarkan bantuan ini ke sekolah itu,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia