Harian Metro

‘KJ’ terima wang daripada UKSB

-

Shah Alam: Mahkamah Tinggi ketika perbicaraa­n kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara 2014 hingga 2018 semalam, diberitahu, ‘KJ’ antara individu berprofil tinggi menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Ketika pemeriksaa­n balas terhadap bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun, peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal mencadangk­an perkara itu kerana beberapa perkataan ‘KJ’ yang didakwa dirujuk sebagai ‘Khairy Jamaluddin’ dicatatkan dalam buku lejar syarikat berkenaan.

Vui Khun yang juga saksi pendakwaan ke-15 kemudian mengesahka­n perkataan berkenaan dalam buku itu, namun tidak pasti ia merujuk kepada siapa.

Ahmad Zaidi: Tahu mengenai wang diberikan oleh Wan Quoris (Pengarah UKSB Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) kepada KJ seperti dalam buku lejar?

Vui Khun: Saya tidak tahu tetapi beliau (Wan Quoris) akan membuat permintaan dengan saya (untuk beri wang).

Ahmad Zaidi: KJ tiada kaitan dengan perniagaan UKSB. Boleh saya andaikan wang itu untuk dana politik?

Vui Khun: Saya boleh andaikan sedemikian.

Ahmad Zaidi: Saya cadangkan awak tahu Wan Quoris pernah bekerja dengan KJ sebelum ini?

Vui Khun: Saya tidak pasti Wan Quoris pernah kerja dengan KJ, namun beliau beritahu mengenali KJ dengan baik.

Kelmarin, Vui Khun memaklumka­n kepada mahkamah, wang diberi oleh syarikat itu kepada Ahmad Zahid bukan bermotifka­n rasuah, sebaliknya untuk dana politik.

Rabu lalu, saksi itu mengesahka­n syarikatny­a menghantar wang tunai setiap bulan dalam mata wang Dolar Singapura kepada Ahmad Zahid daripada 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN).

Bayaran kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikatakan bermula akhir 2014 dengan bayaran SG$200,000 sebulan, ia kemudian meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutka­n kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmat­an Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem

VLN serta mengekalka­n kontrak perjanjian untuk membekalka­n sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementeria­n terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama mendapatka­n untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Selain itu, Vui Khun mengesahka­n, pendapatan UKSB hasil daripada subkontrak­tor di Hong Kong yang dilantik syarikat itu untuk melaksanak­an sistem VLN.

Ditanya oleh Ahmad Zaidi mengenai sumber dana untuk membayar beberapa individu dalam buku lejar itu, Vui Khun berkata, ia adalah sumber yang sama dari Hong Kong.

Saksi berkenaan juga mengakui wang digunakan untuk membayar individu terbabit tidak dimasukkan dalam akaun bank milik UKSB.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 30 Mei ini.

 ?? ?? AHMAD Zahid Hamidi (tengah) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraa­n kes rasuah yang dihadapiny­a berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR
AHMAD Zahid Hamidi (tengah) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraa­n kes rasuah yang dihadapiny­a berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). - Gambar NSTP/FAIZ ANUAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia