Harian Metro

Cari penyelesai­an masalah penerbanga­n tertunda

-

Kota Kinabalu: Kerajaan mengadakan perbincang­an dengan semua pihak berkaitan untuk mengatasi isu kenaikan tiket dan kelewatan penerbanga­n yang sering dialami penduduk di Sabah dan Sarawak setiap kali musim perayaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu bagi memastikan isu sama tidak berulang pada musim perayaan akan datang.

“Kerajaan sentiasa peka dengan keluh kesah Keluarga Malaysia termasuk isu kenaikan harga tiket penerbanga­n yang tidak munasabah dan masa penerbanga­n ditunda ketika musim perayaan.

“Justeru, perbincang­an diadakan dengan pihak terbabit supaya Keluarga Malaysia tidak lagi bimbang ketika pulang ke kampung pada musim perayaan akan datang,” katanya pada pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Sabah di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, penduduk di Pagalungan, Nabawan yang sebelum ini perlu ke Keningau sejauh lebih 100 kilometer untuk mendapatka­n Pas Menyeberan­gi Sempadan atau Pas Lintas Batas ke Kalimantan, Indonesia kini tidak perlu lagi menempuhi kesukaran itu jika ada urusan di negara jiran.

“Saya mahu berkongsi berita gembira bagi penduduk sekitar Pagalungan, Nabawan yang memerlukan Pas Menyeberan­gi Sempadan atau Pas Lintas Batas.

“Mereka tidak perlu lagi pergi sejauh lebih 100 kilometer ke Keningau untuk mendapatka­n pas berkenaan yang kini didapati di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan, Nabawan,” katanya.

Ismail berkata, urusan pembaharua­n Pas Lawatan Jangka Panjang dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) juga kini boleh dilakukan di semua pejabat imigresen di Sabah sejajar dengan pendekatan no wrong door policy.

Beliau berkata, kerajaan juga menyemak semula Perjanjian Kerjasama Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi mengukuhka­n hal ehwal pertahanan dan keselamata­n di perairan Sabah.

Katanya, semakan itu sejajar kepentinga­n kerjasama di antara negara jiran dalam mengawal sempadan negara yang kini terus diperketat­kan.

Amirudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia