Harian Metro

Pamer kapal layar Azhar Mansor

-

‘ Malah tiada istilah rugi kerana muzium di Melaka bukan berorienta­sikan keuntungan. Dari dulu lagi, ia bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat dan generasi masa depan”

Melaka: Kapal layar digunakan Datuk Azhar Mansor pada misi pelayaran solo mengelilin­gi dunia pada 1999 dijangka dipamerkan di Muzium Kapal Selam bagi tatapan pengunjung.

Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, ia antara usaha Perzim menambah artifak dan monumen bagi tatapan pengunjung selaras kenaikan harga tiket muzium sehingga 100 peratus bermula 1 Jun ini.

“Sejak 2014 kami tidak pernah naikkan harga tiket dan selepas berbincang pada April lalu, ia sesuatu yang wajar malah kami optimis kenaikan itu tidak menjejaska­n kehadiran dan sasaran pengunjung ke muzium.

“Malah tiada istilah rugi kerana muzium di Melaka bukan berorienta­sikan keuntungan. Dari dulu lagi, ia bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat dan generasi masa depan," katanya semalam.

Terdahulu, Perzim memaklumka­n harga tiket bagi lima muzium iaitu Muzium Kapal Selam, Muzium Kesultanan Melaka, Perkampung­an Hang Tuah, Kompleks Muzium Melaka

dan Kompleks Muzium Samudera dinaikkan RM2 hingga RM10 membabitka­n semua kategori pengunjung.

Katanya, selain mempamerka­n kapal layar itu, Perzim juga melakukan pertukaran artifak dengan muzium dari negeri lain.

“Jadi, ada penambahan monumen di situ dan dengan harga ditawarkan, ia berbaloi bagi pengunjung melihat dan merasai pengalaman berada dalam muzium,” katanya.

Beliau berkata, pengunjung tidak perlu rasa terbeban dengan kenaikan harga tiket memandangk­an pihaknya juga bekerjasam­a dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang membeli tiket muzium untuk diberikan secara percuma kepada murid sekolah.

“Dalam masa sama, kami melihat kaedah terbaik dalam memberi diskaun tertentu kepada pengunjung,” katanya. -Bernama

Akramuddin Abdul Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia