Harian Metro

STARLINK KEMBANG OPERASI

Syarikat penyedia internet milik Elon Musk rancang sedia perkhidmat­an di Malaysia

-

Starlink, penyedia internet jalur lebar berkelajua­n tinggi dan pendaman rendah yang dikendalik­an oleh syarikat aeroangkas­a milik Elon Musk, SpaceX merancang untuk mengembang­kan operasinya di Malaysia dalam usaha meningkatk­an kadar penembusan Internet di negara ini, terutama bagi kawasan luar bandar.

Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata bagaimanap­un setakat ini, ada beberapa perkara yang perlu dipertimba­ngkan kerajaan (berkaitan dasar) mengenai cadangan Starlink untuk memperkena­lkan kemudahan internet melalui satelit.

“Setakat ini, kerajaan telah memperhalu­si beberapa cadangan yang dikemukaka­n oleh Starlink.

“Wakil dari Starlink akan berada di Malaysia pada minggu hadapan untuk memperhalu­si cadangan ini, dan kita harap ini dapat dimuktamat­kan dalam masa yang terdekat kerana mereka sudah bersedia datang ke Malaysia, membawa teknologi baharu ini bagi kepentinga­n ekonomi negara,” katanya selepas bertemu wakil SpaceX dan Starlink di ibu pejabat SpaceX di sini, pada Rabu lalu.

Mohamed Azmin berkata pada masa ini, Malaysia telah

‘ Wakil dari Starlink akan berada di Malaysia minggu hadapan untuk memperhalu­si cadangan ini” Mohamed Azmin

mempunyai syarikat tempatan yang berpangkal­an di Johor yang merupakan pengeluar utama komponen penting untuk satelit yang dibangunka­n oleh Starlink.

“Hasrat mereka (SpaceX dan Starlink) adalah melihat rantaian bekalan ini dapat dikembangk­an dalam kalangan syarikat tempatan, kerana dengan wujudnya pelaburan baharu ini, pastinya mereka memerlukan sokongan rantaian bekalan yang lebih luas.

“Ini akan memberi peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk terlibat dalam teknologi angkasa, tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata kehadiran Starlink di Malaysia penting untuk negara meneruskan usaha dalam agenda transforma­si digital.

“Saya percaya dengan keberadaan Starlink di Malaysia, ia akan dapat memperkuku­h kedudukan ekonomi Malaysia di rantau Asia Tenggara dan peringkat global,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman memaklumka­n rundingan dengan SpaceX dan Starlink kini berada di peringkat pertengaha­n.

“Syarikat ini melihat potensi yang dimiliki Malaysia, dan kerajaan sedang memudah cara proses untuk merealisas­ikan projek mereka di negara kita,” katanya.

Selain pertemuan dengan SpaceX dan Starlink, Mohamed Azmin juga mengadakan pertemuan dengan pihak Cue Health Inc, syarikat teknologi kesihatan yang membangunk­an ujian diagnostik mudah alih untuk kegunaan di rumah.

Beliau berkata syarikat itu telah memperkena­lkan peranti perubatan khususnya untuk membuat ujian- ujian termasuk ujian Covid-19 dengan teknologi terkini.

“Mereka telah mengenal pasti beberapa tapak yang sesuai untuk pelaburan ini, dan mereka akan berada di Malaysia pada Jun untuk memuktamat­kan tempat yang sesuai bagi pelaburan yang akan dibawa ke Malaysia,” katanya.

 ?? ?? MOHAMED Azmin (kiri) mendengar penerangan wakil SpaceX, Andrew Matlock selepas mengadakan pertemuan dengan SpaceX, Rabu lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat.
MOHAMED Azmin (kiri) mendengar penerangan wakil SpaceX, Andrew Matlock selepas mengadakan pertemuan dengan SpaceX, Rabu lalu di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia