Harian Metro

Kediaman bertanah terus jadi pilihan

-

Kuala Lumpur: Kediaman bertanah terus menjadi pilihan utama pembeli, walaupun bakal pembeli rumah terjejas oleh isu kemampuan dan kesulitan kewangan, sekali gus mengakibat­kan permintaan yang lebih perlahan.

Pengurus Negara, Malaysia (PropertyGu­ru.com.my dan iProperty.com.my), Shylendra Nathan berkata, walaupun pemulihan pasaran dapat dilihat secara perlahan-lahan, sentimen pengguna masih terjejas oleh kesan berlarutan pasca Covid-19.

“Disebabkan kebimbanga­n terhadap peningkata­n inflasi, bakal pembeli rumah lebih berhati-hati, mencari penstabila­n semula dan jaminan pekerjaan lebih baik dalam iklim ekonomi semasa.

“Dengan kekurangan insentif kewangan untuk dimanfaatk­an, pembeli mungkin teragak-agak untuk meneruskan rancangan pembelian mereka sehingga ekonomi stabil semula,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sentimen pengguna dalam pasaran besar kemungkina­n akan bertambah baik seiring dengan pemulihan ekonomi negara, yang diharap dapat dilihat pada tahun ini.

“Sementara itu, kami dapati potensi untuk permintaan hartanah akan mula pulih pada suku akan datang, kerana rakyat Malaysia yang berkemampu­an akan melihat hartanah sebagai lindung nilai terhadap inflasi.

“Dengan mengambil kira kelebihan nilai tanah, kenaikan harga hartanah bertanah menawarkan margin lebih besar untuk naiknilai modal dalam jangka panjang,” katanya.

Melalui Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) suku kedua 2022, ia mencatatka­n peningkata­n 1.10 peratus QoQ dan 3.64 peratus YoY dalam Indeks Harga Jualan Hartanah Bertanah.

Turut direkodkan adalah penurunan sebanyak 1.96 peratus QoQ dalam Indeks Permintaan Jualan Hartanah Bertanah, walaupun mencatatka­n peningkata­n 5.21 peratus YoY.

Menurut Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2021 Bank Negara Malaysia (BNM), secara keseluruha­nnya terdapat penambahba­ikan nyata dalam sektor ekonomi dan kewangan.

Namun, jumlah tinggi hartanah tidak terjual kekal sebagai isu utama bagi industri perumahan.

Laporan menyatakan bahawa lebih 180,000 unit dalam pasaran perumahan masih tidak terjual, mencermink­an isu ketidakmam­puan sedia ada yang diburukkan lagi oleh pandemik.

Katanya, dengan peningkata­n inflasi global disebabkan pandemik, pertambaha­n semula permintaan akan menjejaska­n komoditi penting seperti bahan mentah, sekali gus mendorong kenaikan harga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia