Harian Metro

Vantage RE tingkatkan portfolio RE TNB

-

Kuala Lumpur: Anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB), Vantage RE Ltd (Vantage RE) meningkatk­an portfolio tenaga boleh baharu (RE) TNB dan sasaran sifar bersih dengan pengambila­lihan 49 peratus kepentinga­n dalam syarikat ladang angin luar pesisir, Blyth Offshore Demonstrat­or Limited (BODL) daripada EDF Renewables (EDFR), anak syarikat kepada sebuah syarikat utiliti Perancis, Électricit­é de France (EDF).

TNB dalam kenyataan berkata, pengambila­lihan itu dimeterai pada 18 Oktober 2021, menandakan kemasukan sulung TNB ke pasaran angin luar pesisir antarabang­sa dengan BODL pada masa ini memiliki aset angin luar pesisir di luar pantai Blyth, Northumber­land, England.

“Aset itu termasuk lima turbin dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 41.5MW (Blyth 1) dan hak pembanguna­n projek angin luar pesisir terapung sehingga 58.4MW (Blyth 2) yang terletak di luar pantai Northumber­land.

“Lima turbin 8.3MW Blyth 1 dipasang dengan teras berasaskan graviti, yang menggunaka­n beban konkrit untuk memastikan turbin berada di tempatnya dengan selamat tanpa menembusi dasar laut.

“Ladang angin itu telah beroperasi sejak 2017 di bawah skim subsidi Renewable Obligation Certificat­e (ROC) yang dijangka memberikan pulangan stabil,” katanya.

Katanya, Blyth 2 pula adalah projek angin luar pesisir terapung inovatif yang kini dalam peringkat awal pembanguna­n.

Menurut TNB, pengambila­lihan itu adalah satu daripada pemeroleha­n strategik terancang untuk TNB mempercepa­tkan perjalanan melaksanak­an visi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) globalnya.

“Tahun lalu, TNB mengumumka­n Hala Tuju Kelestaria­nnya, satu pelan tindakan dengan aspirasi mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Hala tuju tersebut disokong komitmen TNB mengurangk­an 35 peratus intensiti pelepasan karbon serta 50 peratus daripada kapasiti penjanaan arang batu menjelang 2035,” katanya.

Vantage RE dilancarka­n pada 1 Julai 2021 untuk memiliki, mengendali­kan dan mengurus portfolio aset tenaga boleh baharu TNB di United Kingdom dan Eropah.

Sehingga kini, ia telah mencapai portfolio RE sebanyak 530.4MW termasuk tenaga angin dalam dan luar pesisir serta ladang solar di negara tersebut.

 ?? ?? KAPAL jack-up melakukan kerja penyenggar­aan pada satu daripada lima turbin angin luar pesisir Blyth 1 yang terletak di Blyth, Northumber­land.
KAPAL jack-up melakukan kerja penyenggar­aan pada satu daripada lima turbin angin luar pesisir Blyth 1 yang terletak di Blyth, Northumber­land.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia