Harian Metro

MARSHA BELAJAR ADEGAN AKSI

Ambil inisiatif ikuti kelas koreografi demi menjayakan watak Didi dalam drama bersiri Seribu Nina Lebam pada badan, tak usah cakaplah, memang banyak sebab saya terlalu menghayati watak. Namun, saya tidak kisah kerana saya mahu nampak aksi itu realistik

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Demi menjayakan watak Didi dalam drama bersiri Seribu Nina yang ditayangka­n sejak kelmarin, pelakon dan penyanyi Marsha Milan mengambil inisiatif sendiri dengan mengikuti kelas koreografi bagi adegan aksi.

Marsha, 37, berkata, disebabkan itu dia mengalami lebam pada badan, namun menyifatka­n ia berbaloi.

“Melakonkan watak aksi ini seperti menari, buat saya yang tak pandai menari, agak susah juga buat saya. Jadi saya meletakkan usaha yang lebih dengan belajar lebih masa bersama koreografe­r yang dilantik oleh produksi bagi memastikan saya boleh menjayakan watak itu.

“Kelas yang disediakan pihak produksi tidak cukup untuk saya sebab saya agak perlahan. Disebabkan itu saya sukarela menambah jumlah hari untuk belajar. Lebam pada badan, tak usah cakaplah, memang banyak sebab saya terlalu menghayati watak. Namun, saya tidak kisah kerana saya mahu nampak aksi itu realistik,” katanya.

Menurut Marsha, dia tidak menyesal menerima watak itu dan terbuka untuk melakonkan watak sama pada masa akan datang.

“Saya ada cakap pada koreografe­r, untuk melakukan lebih banyak kelas. Ini kerana perkara ini adalah baharu bagi saya. Sejujurnya sebelum ini saya tak pernah pergi ke kelas seni bela diri campuran (MMA) seperti

“Ini adalah kali pertama saya menghadiri kelas seperti itu demi menjayakan watak Didi. Saya rasa untuk menjayakan naskhah aksi ini, suatu yang menyeronok­kan dan baharu bagi saya. Jadi tak salah untuk saya mencuba sesuatu yang baharu.

“Selalunya saya

MARSHA

membawakan watak komedi, ini adalah satu platform dalam membuatkan portfolio lakonan saya lebih variasi,” katanya.

Selain Marsha, drama arahan Umi Salwana Omar terbitan Infinitus Ventures itu turut menampilka­n lakonan Syafiq Kyle dan Adriana Adnan.

Berkongsi mengenai kerjaya nyanyianny­a, Marsha tidak menafikan kini dia agak memilih bagi tidak mengecewak­an mereka yang menaruh harapan padanya selepas kejayaan lagu Cinta meraih tempat kedua pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36).

“Sebelum ini ingatkan peti suara saya koyak selepas menyanyi di AJL

36, rupanya disebabkan pasca Covid-19. Disebabkan masalah paru-paru dari jangkitan itu, saya juga mengalami batuk dan seterusnya ia mengoyakka­n peti suara saya. Alhamdulil­lah sekarang semuanya sudah baik.

“Jadi Insya-Allah dalam bulan ini, syarikat rakaman akan cuba mengusahak­an sebuah lagu. Saya pun sudah ada hala tuju untuk lagu seterusnya. Saya sudah berikan pada label mengenai hala tuju saya dan sudah tentu hala tuju saya tidak lari sangat dengan lagu Cinta,” katanya.

Dalam masa sama, Marsha gementar untuk tampil dengan single seterusnya selain berdebar berikutan harapan tinggi yang diletakkan oleh orang ramai padanya.

“Apa yang merisaukan saya, tidak hanya prestasi saya di dalam nyanyian, tapi dari segi harapan orang ramai. Kita sudah nampak bagaimana orang ramai meletakkan harapan pada saya selepas AJL 36, jadi sudah tentu saya juga agak gementar untuk keluarkan single seterusnya.

“Disebabkan itu, ia membuatkan saya dan syarikat rakaman terdiam juga memikirkan apa seterusnya dari saya, apa yang terbaik dan sebagainya. Disebabkan itu jugalah, saya tidak menerima sebuah lagu itu secara bulat-bulat, saya kumpulkan semua dan baru putuskan.

“Sebab pemilihan lagu sangat penting untuk saya kali ini. Kalau dulu, saya main keluarkan saja lagu, tapi dalam semua lagu itu ada juga sebuah lagu yang layak ke AJL 36,” katanya.

 ?? FOTO AZIAH AZMEE ?? MARSHA melakonkan watak Didi dalam siri Seribu Nina.
FOTO AZIAH AZMEE MARSHA melakonkan watak Didi dalam siri Seribu Nina.
 ?? ?? DARI kiri, Pengarah Kanan Produksi Viu Originals Malaysia, Imillya Irwani Roslan, pelakon, Marsha Milan, Syafiq Kyle, Adriana Adnan, Pengarah Umi Salwana Omar dan Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai pada pelancaran siri drama Viu Original Malaysia, Seribu Nina.
DARI kiri, Pengarah Kanan Produksi Viu Originals Malaysia, Imillya Irwani Roslan, pelakon, Marsha Milan, Syafiq Kyle, Adriana Adnan, Pengarah Umi Salwana Omar dan Penerbit Gayatri Su-Lin Pillai pada pelancaran siri drama Viu Original Malaysia, Seribu Nina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia