Harian Metro

KEITH TERIMA SEBARANG TEGURAN

Sentiasa nantikan maklum balas positif, negatif daripada penonton untuk setiap lakonan Saya cuba sampaikan dengan cara yang berbeza dalam setiap karya yang saya lakonkan. Ada banyak benda yang boleh ‘dimainkan’ dalam setiap watak yang dilakonkan

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com. my

Keith Foo bukanlah nama asing dalam industri seni lakon tanah air.

Jejaka berdarah kacukan Cina dan India ini juga kerap kali mengisi drama serta filem tempatan dan berjaya menjayakan setiap watak yang diberikan.

Jika sebelum ini, Keith sentiasa gemuruh dan gementar menantikan maklum balas daripada penonton yang menonton lakonannya.

Kini, menginjak usia kerjayanya yang sudah masuk angka lebih sedekad, Keith nampaknya semakin teruja menantikan maklum balas yang lebih pelbagai.

“Sebelum ini, saya sentiasa gementar setiap kali menantikan maklum balas daripada penonton untuk setiap lakonan saya tapi sekarang, pemikiran saya sudah berubah.

“Kalau nak fikirkan mengenai rasa gemuruh dan gementar itu, sampai bila pun saya takkan maju dari sudut karier lakonan saya,” katanya.

Menurutnya, setiap maklum balas serta kritikan yang dilemparka­n terhadapny­a adalah penting untuk memastikan dia sendiri tahu di mana kelebihan dan kekurangan­nya sebagai pelakon.

“Saya sentiasa menantikan maklum balas, tidak kiralah sama ada ia positif mahupun negatif. Sebagai pelakon, saya kena terus gali dan gali dengan lebih dalam.

“Saya sentiasa mencari sekiranya ada sebarang teguran atau kritikan yang mampu menjadi penambah baik untuk saya di masa akan datang contohnya dari segi lontaran suara, ekspresi wajah, gaya rambut, mahupun bentuk fizikal tubuh saya,” katanya.

Menurutnya, itu akan memberikan ruang kepadanya untuk terus mempersemb­ahkan karya lakonannya dengan lebih baik.

“Saya cuba sampaikan dengan cara yang berbeza dalam setiap karya yang saya lakonkan. Ada banyak benda yang boleh ‘dimainkan’ dalam setiap watak yang dilakonkan.

“Pada saya, setiap watak yang ditawarkan ada cabarannya yang tersendiri dan sentiasa hadir dengan cabaran berbeza,” katanya.

Terbaharu, Keith kini berganding­an bersama pelakon, Sophia Albarakbah menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Air Mata Allisya arahan pengarah, Kyoll Hamzah.

“Dalam drama ini, saya memegang watak sebagai Arif, seorang anak orang kaya yang memiliki karier sendiri dan sangat patuh dengan perintah kedua-dua orang tuanya.

KEITH FOO

“Suatu hari, ibunya merancang untuk menjodohka­nnya dengan anak kepada kenalannya, sedangkan Arif sebenarnya ingin mencari pilihan hatinya sendiri.

“Dalam perjalanan itu, dia bertemu dengan Allisya yang mana, membesar tanpa bapa dan kini perlu membantu Allisya mencari bapanya untuk menjadi wali,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman berlakon dengan Sophia yang juga pendatang baharu dalam industri seni lakon tanah air, Keith tidak pernah melihat status senior sebagai jurang pemisah.

“Saya tak pernah melihat sama ada seseorang pelakon itu, pendatang baharu atau orang lama. Apa yang penting adalah, sentiasa merendah diri dan sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai skrip dan babak.

“Setiap kali sebelum melangkah masuk ke dalam set, kami perlu tahu apa yang perlu kami lakukan untuk babak itu. Kami pun bersama-sama mencari perwatakan dan keserasian di sampaing turut dibantu oleh pengarah,” katanya.

Selain Keith dan Sophia, drama Air Mata Allisya yang ditayangka­n bermula hari ini di slot Samarinda TV3 turut dibintangi barisan pelakon lain antaranya

Anne Abdullah, Jasmin Hamid, Hariz Hamdan, Puteri Khareeza, dan Tony Eusoff.

 ?? ?? KEITH berazam mempersemb­ahkan karya lakonan dengan lebih baik.
KEITH berazam mempersemb­ahkan karya lakonan dengan lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia