Harian Metro

FESTIVAL RAI DUA PERAYAAN

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Suasana peralihan pandemik ke endemik di Malaysia menyaksika­n Kuala Lumpur Garden of Eid Festival 2022 buat julung kalinya mempersemb­ahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan menghiburk­an.

Acara diberi nama Garden of Eid Festival itu diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden membawa maksud taman yang digambarka­n dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga.

Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Jurucakap penganjur berkata, acara ini menepati konsep festival yang melestarik­an kerohanian dan agama, namun disampaika­n dalam perayaan yang lebih santai dan mesra.

Justeru, ia menampilka­n pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekali gus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

Garden of Eid Festival menggabung­kan barisan selebriti popular diketuai kumpulan Raihan yang banyak mengharumk­an nama negara dengan alunan muzik kerohanian.

Festival juga disemarakk­an dengan barisan nama yang sentiasa mengangkat mesej positif dalam setiap karya yang dihasilkan.

Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta hos, Altimet akan muncul dalam persembaha­n kerohanian pada malam 28 Mei ini, jam 8.30 malam di Panggung Anniversar­i, Kuala Lumpur.

Sebagai malam penutup Garden Of Eid, buat julung kalinya Ahmad Dhani yang juga penyanyi dan pemain keyboard kumpulan

Dewa 19 dibawakan khas dari Indonesia untuk muncul dalam sebuah persembaha­n Malam Munajat Cinta pada 29

Mei ini jam 8.30 malam di lokasi sama.

Pastinya pencinta muzik dan elemen kerohanian merindui kemunculan pemuzik handalan ini dan tidak mahu ketinggala­n menyaksika­n persembaha­n yang akan mempamerka­n kelainan dan keistimewa­an tersendiri.

Tidak hanya mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolka­n gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakan­gkan agama dan kekal dengan nilai-nilai murni menerusi pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertanding­an papan seluncur (skateboard­ing).

Tidak terkecuali, pendekatan pendidikan kanak-kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan watak animasi Islamik yang sudah dikenali iaitu Omar & Hana, Didi & Friends dan Ejen Ali.

Dengan tema The

Great Reunion (metafora kepada kegembiraa­n selepas berjaya mengharung­i pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik), festival ini dijadualka­n berlangsun­g selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei ini.

Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival berlangsun­g adalah sesi perkongsia­n motivasi & bual bicara santai berkenaan kemanusiaa­n dan pendidikan Islam secara general.

Ia menampilka­n kerjasama bersama

Qalby, Islamik aplikasi oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.

Makanan dari pelbagai jenis juadah yang berkonsepk­an ‘Flavors of Malaysia’ yang dijual dari trak makanan akan memenuhi cita rasa pengunjung.

Antara bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand turut akan menanti pengunjung.

Garden of Eid berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan bagi merancakka­n ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelanconga­n halal bagi Kuala Lumpur.

 ?? ?? POSTER festival ini.
POSTER festival ini.
 ?? ?? AHMAD Dhani dibawa khas ke Malaysia untuk festival ini.
AHMAD Dhani dibawa khas ke Malaysia untuk festival ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia